Pelakon veteran, Latiff Borgiba atau nama sebenar Abdul Latiff T. K. Gomu Kakah meninggal dunia akibat sakit tua sebentar tadi di kediamannya di sini.
Ia disahkan oleh anak Allahyarham, Ab Uzza Ab Latiff yang merupakan jurukamera di Astro AWANI sejurus selepas beliau mendapat panggilan dari bondanya.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun.
Menurut Ab Uzza, Allahyarham mengalami kekejangan pada awal Rabu. Anak-anak datang melawat Allahyarham malam tadi di kediamannya. Bapa saya kelihatan stabil dan masih boleh berkomunikasi dengan anak-anaknya ketika kami datang melawat.
"Ayah sudah lama menghidap sakit tua," katanya.
Dilahirkan di Bangkok, Thailand, Latiff yang berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1946 meninggalkan seorang balu, Fatimah Leman dan 16 orang anak.
Sepanjang hayatnya di dalam dunia seni, Allahyarham sangat sinonim dengan watak-watak antagonis dalam filem serta drama yang diterbitkan sejak 1960-an.
Latiff pernah melakonkan beberapa buah filem termasuk 'Dang Lenggang', 'Ribut di Hujung Senja' dan 'Anakku Suamiku". Antara produksi televisyen yang pernah dibintangi Latiff termasuk drama 13 episod berjudul, "Tekukur Tak Berbunyi Lagi".
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Setapak sekitar jam 9 malam ini.
Astro Awani
Thu Dec 14 2017
![Pelakon veteran Latiff Borgiba meninggal dunia Pelakon veteran Latiff Borgiba meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/81513238536_LatiffBorgiba.jpg)
Latiff Borgiba meninggal dunia pada usia 80 tahun. Al-fatihah. - Foto Astro AWANI
![KDNK enam negara ASEAN dijangka pulih kepada 4.5 peratus tahun ini - Maybank Research KDNK enam negara ASEAN dijangka pulih kepada 4.5 peratus tahun ini - Maybank Research](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693894469_ASEAN.jpg)
KDNK enam negara ASEAN dijangka pulih kepada 4.5 peratus tahun ini - Maybank Research
KDNK enam negara ASEAN dijangka pulih kepada 4.5 dan 4.7 peratus masing-masing pada 2024 dan 2025, daripada 4.0 peratus pada 2023.
![Wei Chong-Kai Wun perlu lebih berani tekan lawan - Rexy Wei Chong-Kai Wun perlu lebih berani tekan lawan - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717883249_TBPBSI.jpg)
Wei Chong-Kai Wun perlu lebih berani tekan lawan - Rexy
Rexy Mainaky mahu naib juara Terbuka Indonesia 2024, Man Wei Chong-Tee Kai Wun lebih berani 'menekan' lawan yang juga gandingan handalan dunia.
Penipuan ujian kenderaan: Jepun periksa ibu pejabat Honda
Honda menjadi syarikat keempat yang diperiksa di bawah undang-undang kenderaan pengangkutan jalan raya selepas Toyota Motor Corp., Yamaha Motor Co., dan Suzuki Motor Corp.
Blinken tiba di Mesir, dijangka desak gencatan senjata di Gaza
Dalam lawatan kerja tersebut, Blinken dijadual bertemu Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, di Kaherah sebelum ke Israel untuk mengadakan pertemuan dengan Benjamin Netanyahu.
Puak haluan kanan tengah umum kemenangan
Puak kanan tengah Kesatuan Eropah (EU) meraikan kemenangan selepas keputusan sementara untuk pilihan raya Parlimen Eropah meningkatkan peluang Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen untuk penggal kedua, dalam undian yang turut menyaksikan lonjakan pihak sayap kanan.
Dua militan diburu dipercayai serang bas jemaah hindu
Pasukan penyiasat ketika ini sedang mengumpul bukti di lokasi kejadian termasuk serpihan, manakala kawasan hutan berhampiran dikawa rapi oleh pihak keselamatan.
AS hormati hak protes rakyat Malaysia
Amerika Syarikat menghormati hak rakyat Malaysia untuk mengadakan protes secara aman sebagai menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Israel berhubung konflik di Gaza.
Pengorbanan, impian pasangan Palestin tunai haji
Cerita dan perjuangan Mahmoud dan Fatima untuk menunaikan Haji suatu yang indah dan penuh pergorbanan.
Johan, Ozlynn hampir terlepas pesawat, ingat kena 'scam'
Keberangkatan ke Makkah untuk pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn hampir bertukar duka apabila Johan hampir terlepas pesawat akibat kekeliruan nama pada visa miliknya itu.
Kerahan mega digembleng, pastikan kelancaran pergerakan
Lembaga Tabung Haji (TH) melakukan perancangan teliti dan teratur dengan kerahan tenaga digembleng untuk Operasi Masyair, iaitu kemuncak kepada operasi haji, bagi memastikan kelancaran dan keselesaan pergerakan untuk semua jemaah serta lebih 600 petugas.
![Latiff Borgiba selamat disemadikan Latiff Borgiba selamat disemadikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51513265764_LatiffBorgiba.jpg)
Latiff Borgiba selamat disemadikan
Sesungguhnya, semua yang hidup pasti akan mati, sama ada bersedia atau tidak pastinya yang hidup akan dipanggil Illahi apabila sampai waktunya.