【2019.9月份嘉庚学堂公开课程】Mendekati Masyarakat India di Malaysia  了解多元的大马印裔社会
Kursus jangka pendek ini bertujuan memberi peluang kepada orang awam memahami hal-hal berkaitan kaum India di Malaysia. Antara topik yang akan disentuh adalah perihal sejarah dan asal-usul, kepelbagaian keturunan dan agama, adat-resam dan kepercayaan, bahasa dan sastera, isu-isu sosial dan cabaran ekonomi, serta sumbangan kepada negara. Pada akhir kursus ini, peserta akan mampu memahami kaum India secara lebih mendalam, sekali gus memudahkan usaha memupuk perpaduan.
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Pensyarah 主讲人
Encik Uthaya Sankar SB
- Pengasas Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
- Aktif menghasilkan karya Bahasa Malaysia sejak tahun 1992.
- Penerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97 & 1998/99 dan Duta Keamanan (Ambassador for Peace) 2008 atas sumbangan dalam bidang penulisan dan keamanan.
- Banyak menulis karya (esei, cerpen dan novel) yang mengangkat hal-hal berkaitan kebudayaan India.
- Terlibat dalam mengendalikan program bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya di seluruh negara dalam membantu orang ramai menggunakan kuasa bahasa untuk menyuarakan pandangan dan pendirian dalam pelbagai perkara.
Tarikh 日期
28 September 2019 & 5 Oktober 2019 (Sabtu)
Masa 时间
1:30 pm – 5:30 pm
Tempat 地点
陈嘉庚纪念馆(隆雪华堂右侧三楼)
Tan Kah Kee Memorial Malaysia, No. 1, 2nd Floor, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur.
Bahasa Pengantar 媒介语
Bahasa Malaysia
Rangka Kursus 课程纲要
Kuliah 1: Sejarah yang Dilupakan
第一堂课:被遗忘的马来西亚印裔
Sejarah kaum India di Malaysia biasanya digambarkan sebagai golongan buruh yang dibawa oleh British untuk bekerja di ladang getah. Melalui perkongsian dalam kelas ini, peserta akan mendapat maklumat yang lebih menyeluruh mengenai hubungan antara India dan Nusantara sejak abad pertama. Aspek taburan kaum India di Malaysia juga akan dibincangkan dari sudut sejarah; selain hal-hal seperti Lembah Bujang dan novel Interlok yang masih mengundang polemik.

Kuliah 2: Kepelbagaian Bahasa dan Budaya
第二堂课:印裔文化与语文的多元性
Walaupun kaum India di Malaysia biasanya dikaitkan dengan Deepavali, Thaipusam, ponggal dan bharatanatyam, sebenarnya wujud kepelbagaian dalam kalangan kaum India dari segi bahasa, agama, perayaan, makanan, pakaian, tarian, dan sebagainya. Hal-hal ini akan dihuraikan secara terperinci bagi membantu peserta memahami kompleksiti dan keunikan kepelbagaian budaya kaum India.

Kuliah 3: Cabaran Sosial dan Ekonomi
第三堂课:经济与社会层面的挑战
Sejak tahun 1990, banyak kes gangsterisme dikaitkan dengan belia kaum India. Remaja kaum India juga mengalami keciciran dalam pelajaran. Dalam bidang ekonomi dan pekerjaan, kaum India masih ketinggalan. Sebenarnya, aspek sosial, politik dan ekonomi adalah saling berkaitan. Hubungan ini akan diteliti dan cuba dicari penyelesaian (jika boleh) bagi mewujudkan mobiliti sosial dalam kalangan kaum India di Malaysia baharu.

Kuliah 4: Sumbangan kepada Negara
第四堂课:印裔社群对国家的贡献
Kaum India – sama ada secara individu atau kolektif – telah memberi sumbangan kepada negara dalam pelbagai bidang (kebudayaan, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya). Selain daripada politikus seperti Tun Sambanthan, aktivis seperti Datuk Ambiga memainkan peranan penting dalam membentuk budaya pemikiran generasi muda kaum India. Begitu juga kebangkitan Hindraf dan pelbagai NGO lain yang secara langsung atau tidak langsung menjadi bukti kepada sumbangan kaum India dalam mencorak sejarah Malaysia.
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy