Assalamualaikum dan salam 1Dunia, semalam aku dengar komunikasi antara anak aku dan ibunya yang sedang sibuk membasuh telur ayam yang baru dibeli di pasar malam “kena cuci ke telur ayam?”. Jawapannya mestilah kena cuci sebab telur ayam biasa bercampur dengan najisnya. Kalau tak cuci tangan kita yang pegang telur ayam kemudian pegang pisau, sayur dan bahan masakan lain juga bernajis. Nak ke adik makan makanan bernajis?? Anak aku mengeleng-geleng kepala tanda menjawap soalan ibunya.
Adik tengok abang jual burger kat simpang jalan tu tak basuh pun telur ayam yang diletak dalam bakul tu?? Kenapa adik cakap macam tu. Sebab adik tengok telurnya kotor macam ada najis je. Itulah sebabnya ibu tak bagi adik beli burger kat abang burger tu.
Dulu masa pasar ramadhan pun adik nampak pak cik yang jual murtabak tu pun tak basuh telur ayam yang digunakan. Kedai mamak depan tu pun adik nampak tak basuh telur yang digunakan untuk buat roti telur.
Tulah adik … sebenarnya ramai yang tak cuci telur ayam sebelum digunakan termasuklah yang di rumah. Kebersihan sebahagian daripada iman tetapi ramai yang tak ambil kisah seperti buang sampah merata. Kebanyakan daripada mereka ini mungkin tiada ILMU bahagaimana pentingnya kebersihan. Jika kebersihan tidak dijaga ianya boleh menyebabkab ibadah kita tidak diterima oleh Allah s.w.t.
Jadi adik kena ingat dan mengingati orang lain telur ayam mesti dicuci dahulu sebelum digunakan.
Pernahkan anda nampak apa yang anak aku nampak??
117 Comments
apa yang saya dapati daripada web yg sahih, mencuci telur ayam adalah suatu amalan kebersihan yg wajar dipraktikkan, tapi jika kita tdk pasti produk berasaskan telur seperti martabak, roti canai, roti dan kek menggunakan telur yg dibasuh atau tidak, ia tidak haram dimakan krn jumhur ulama sepakat menyatakan bahawa tahi haiwan yg boleh dimakan spt ayam tidak najis. up 2 u.
boleh search google ttg hukum makan najis ayam pada telur
Curahan rasa ummuuswah @ ..Selamat Bercuti
apa yang saya dapati daripada web yg sahih, mencuci telur ayam adalah suatu amalan kebersihan yg wajar dipraktikkan, tapi jika kita tdk pasti produk berasaskan telur seperti martabak, roti canai, roti dan kek menggunakan telur yg dibasuh atau tidak, ia tidak haram dimakan krn jumhur ulama sepakat menyatakan bahawa tahi haiwan yg boleh dimakan spt ayam tidak najis. up 2 u.
http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/21/was-was-lagi-mamak-pegang-telur-tak-basuh-tangan/
http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/21/roti-telur-dan-najis-ayam/
Curahan rasa ummuuswah @ ..Kematian – kebahagiaan @ ketakutan
makan makanan yang syubhah itu lebih baik ditinggalkan. Moga hati kita bercahaya dengan nur iman.
penah jugak nampak tahi ayam kat telur lepas ayam bertelur kat bawah rumah hehe..
Curahan rasa matdin @ ..Laptop Padam sendiri Siapa Yang Tutup
Mungkin yang dijual dekat pasaraya tu sudah dicuci? tapi untuk langkah berjaga2, bagus juga amalkan benda macma tu kan.
seeloknya basuh la dulu. kebersihan. bukan apa… bak akata mak saya, “eh telur keluar ikut buntut ayam” haahhaa
Hehehe.. yer la, saya pun tak terfikir benda macam tu sebelum ni.
Curahan rasa Steward John @ ..Facebook is not shutting down
Selalu beli telur ayam yang dah siap pek dari pasaraya. Tak ambil pulak port pasal cuci telur tu. Dan tak pernah nampak pulak orang jual burger cuci terlur. Yang selalu nampak telur dah tersedia dalam bakul. Anyway ini satu peringatan yang baik untuk semua..Lepas ni kena basuh semua telur kat rumah tu…
Curahan rasa Shaffik @ ..Waktu Sesuai Update Blog
lepas nih kena cuci la nampaknya, selalu cuci telur ayam yang dibela je sebab buat telur separuh masak. tapi telur ayam yang dibeli tak pernah lak dibasuh.
Curahan rasa eiela @ ..Tidak! Rambutku Dah Beruban
Tu la pasal.. tak pernah terfikir sebelum ni pulak.
memang banyak pula yang tak cuci telur sebelum dimasak
Curahan rasa Berpikir Positif @ ..Katanya Sih dapat Sitelink
Mungkin mereka tidak tahu bahawa kulit telur itu kotor walaupun kelihatan bersih…
Curahan rasa KDN @ ..What is acne
Benda remeh kadang2 orang tak tahu bro Munir.. saya juga tidak terfikir seperti itu sebenarnya.
eh..selalunya yang kotor tu pelaris..yarkkk!!
Curahan rasa ferry @ ..ferry5
Ramai yang saya dengar berkata sedemikian…yang kotor tu pelaris…adakah perkara ini benar? Hehehe
Curahan rasa KDN @ ..What is acne
Haha.. Kita mana tahu benda ni kan.. kena hati2 la pegi dekat kedai makan kalau macam tu.
Curahan rasa Steward John @ ..Facebook is not shutting down
Hahaha.. mungkin benar juga tu kan.
Curahan rasa Steward John @ ..Kuching Trip- Day 2 Shopping
Setuju! Orang sekarang ramai pandang mudah dan enteng dengan perkara sebegini. Kat rumah saya pun basuh dulu telur sebelum letak dlm peti sejuk.
Curahan rasa Mohd Shahrul Hafizi @ ..Teruskan Mendaki dan Mendaki
bila setiap orang boleh menjaga kebersihan diri sendiri pasti ianya akan menjadi budaya dalam masyarakat kita.
Curahan rasa denaihati @ ..Liburan di Jakarta- Indonesia
salam..
Memang dibiasakan & di ingatkan selalu pada anak2 utk cuci telur sbb kdg2 lupa nak basuh telur tu dulu sblm masukkan dlm peti sejuk.
Tapi kalau makan di luar contohnya kedai mamak (roti telur) mmg susah nak pastikan telur tu dicuci atau tidak.
Curahan rasa ozzy @ ..ANA RAFFALI JUARA AJL 2010
betul tu anak-anak mesti diajar sejak usia muda supaya amalan ini akan menjadi budaya dalam hidup dan diturunkan kepada keturunannya.
Comments are closed.