PRE-ORDER eBOOK: PANDUAN BINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI
Alhamdulillah. Terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan anda kerana memilih ebook yang masih dalam pembikinan ini.
Baru-baru ini saya ada berkongsi status rumah kecil di tengah sawah yang kami suami isteri bina di atas tanah sendiri melalui laman Facebook saya. Ianya mendapat respons luar biasa dan inbox kami dihujani dengan berbagai soalan berkaitan panduan membina rumah khasnya di atas tanah sendiri. InsyaAllah, ebook PANDUAN BINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI ini akan terbit sedikit masa lagi dan dapat membantu rakan-rakan yang berminat untuk membina rumah di atas tanah sendiri satu hari nanti. Saya akan berkongsi pelbagai aspek dari mula perancangan kewangan hingga siap rumah anda. Samada pembinaan dibiaya secara tunai atau pinjaman akan saya ulas prosedurnya dengan terperinci.
Terima kasih.