Lebih 60 tahun pakai baju sedondon

Pasangan Rosemary dan Francis berpakaian sedondon.
Pasangan Rosemary dan Francis berpakaian sedondon.
A
A
A

CALIFORNIA - Sepasang warga emas dari California, Amerika Syarikat (AS) yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-68 bulan depan, berkongsi tips rahsia mereka untuk kekal bahagia.

Francis dan Rosemary Klontz masing-masing berusia 87 tahun berpasangan sejak zaman sekolah menengah.

Menurut pasangan berkenaan, antara rahsia perkahwinan bahagia mereka ialah berpakaian sedondon sejak sebelum mendirikan rumah tangga pada usia 19 tahun.

"Ibu saya membelikan kami baju sedondon ketika zaman sekolah tinggi, saya yang memilih pakaian tersebut dan sejak itu kami berpakaian sama," kata Rosemary kepada KOVR-TV.

Suami Rosemary, Francis pula berkata, dia tidak kisah isterinya menyediakan pakaiannya setiap hari.

"Dia menyediakan pakaian saya dan saya tidak perlu bimbang tentang apa-apa," kata Francis.

Pasangan terbabit yang juga bekas pastor gereja berkata, agama turut memainkan peranan penting dalam perkahwinan mereka.- Agensi

Artikel Berkaitan: