fbpx
Now Reading
Menteri Agama Dapat Kad Raya Dari Peminat Cilik, Siap Tawar Untuk Bekerjasama Cuit Hati Netizen

Menteri Agama Dapat Kad Raya Dari Peminat Cilik, Siap Tawar Untuk Bekerjasama Cuit Hati Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/drzulkiflialbakri/posts/3335588206504958

Kerap menjadi tumpuan media sejak di lantik sebagai Menteri di Jabatan Perdan Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zukifli Al-Bakri juga boleh dikategorikan antara menteri kegemaran rakyat.

Beliau yang sebelum ini merupakan Mufti Wilayah Persekutuan dalam berinteraksi dengan orang ramai menerusi media sosial membuatkan hubungannya dengan orang biasa semakin dekat.

Terbaru menerusi Facebok, Dr Zulkifli telah berkongsi satu kiriman kad dan kuih raya bersempana Hari Raya Aidilftri yang diterimanya daripada seorang kanak-kanak berusia 11 tahun.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Tawar kerjasama hasilkan Bayyan Linas versi komik

Yang menariknya menerusi warkah adik tersebut, Nadzrul Zarfan turut membuat tawaran untuk bekerjasama dengan Dr Zulkifi dalam menghasilkan buku Bayyan Linas versi komik.

Ini menurutnya akan menarik minat anak kecil dalam menuntut ilmu agama memandangkan ianya menarik dan mudah difahami.

Selain dari itu pantun yang disisipkan adik Nadzrul turut mecuit perhatian Dr Zulkifi dan orang ramai.

Beliau yang membahasakan dirinya sebagai ‘pak cik’ turut mengambil kesempatan dengan mengucapkan terima kasih kepada adik NAdzrul diatas pemberian tersebut.

Tambahnya dia juga akan membalas kad hari raya tersebut selepas ‘dinasihati’ untuk berbuat demikian di penghujung surat tersebut m

“Pakcik akan ingat nasihat dan pesan anakanda. Siap ada pantun ‘Pecah kaca, pecah gelas. Lepas baca, harap balas’

“Insya-Allah nanti pakcik balas kad raya anakanda Nadzrul sekeluarga ni tulisnya ringkas di Facebook.

Melihat di ruangan komen para netizen dilihat terhibur dengan surat yang diutuskan adik tersebut malah memuji kematangan nya sehingga boleh berfikir jauh untuk berkolaborasi menghasilkan Bayan Linnas versi komik

Terdapat juga segelintir yang memuji cara Dr Zulkilfi membahasakan dirinya sebagai ‘pakcik’ menampakkan sikapnya yang merendah diri meskipun kini berjawatan menteri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.