Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian meninggal dunia
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali meninggal dunia sebentar tadi.
Berita tersebut disahkan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dalam Twitter beliau.
Menurutnya, setakat jam 7.08 pagi, jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumahnya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.
“Semoga sahabatku Datuk Abd Jalil Ali damai di sana. Dunia kewartawanan sudah kehilangan sebuah bintang,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter miliknya.
Jenazah masih di hospital akan dibawa ke rumah No 44 Jalan pjs 9/8 bandar sunway 46150 PJ
— HussamuddinYaacub (@Hussamuddin) August 7, 2020
Haikal Jalil dalam Facebooknya turut mengesahkan bahawa bapa beliau meninggal dunia 6.32 pagi ini.
Abd Jalil, 66, berpengalaman lebih 47 tahun dalam bidang penulisan dan kewartawanan turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.
Abd Jalil juga ialah Profesor Adjung di Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.
PM ziarah Menteri Agama terima rawatan di Hospital Putrajaya
Projek LRT tidak jejas status Georgetown sebagai tapak warisan Unesco
RISDA promosi Program Tanam Semula Getah
RM219.6 juta naik taraf perparitan, selenggara kolam takungan
Ahmad Zahid selar gelar kepimpinan UMNO sebagai ‘biawak hidup’
Suami aktres terkenal ditahan rasuah
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Tiada istilah 'raya mengejut'