Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat negeri ini supaya tidak terkeliru dengan fakta sejarah berkaitan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) dan mengagung-agungkan pemimpin mereka.
Titah baginda, perjuangan PKM tidak berlandaskan kepada konsep pembentukan sebuah negara Malaysia yang merdeka berteraskan demokrasi Raja Berpelembagaan walaupun dikatakan turut menentang penjajahan.
"Fakta perjuangan ideologi PKM ini merupakan satu fakta sejarah yang perlu rakyat generasi sekarang memahaminya dengan mendalam agar kita tidak terpesong dengan fakta-fakta yang mengelirukan tentang perjuangan mereka," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Sempena Ulang Tahun Keputeraannya Yang ke-74 di Istana Alam Shah di sini hari ini.
Turut hadir Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Seramai 91 individu menerima darjah dan bintang kebesaran Selangor pada istiadat berkenaan.
Sultan Sharafuddin bertitah melalui fakta sejarah juga rakyat dapat menghargai pengorbanan yang begitu besar yang telah dilakukan oleh anggota-anggota pasukan keselamatan negara sama ada pasukan Polis Diraja Malaysia atau pasukan tentera terutamanya ketika negara diancam dengan ancaman PKM pada sekitar tahun 40an hingga 70an.
"Begitu ramai pasukan keselamatan kita yang telah terkorban di dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah negara dari anasir komunis ini, ramai rakyat negara ini yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain juga turut terkorban akibat serangan pengganas komunis, kehidupan rakyat pada ketika itu sentiasa di dalam ketakutan akibat serangan yang dilakukan oleh anggota PKM ini dan banyak perkampungan dan balai polis telah diserang, rakyat dan anggota polis dibunuh dan diseksa oleh anggota PKM ini," titah baginda.
Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut menasihati pemimpin-pemimpin politik di Selangor agar sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyat dan menjadikan kepentingan rakyat sebagai satu keutamaan dalam urusan pentadbiran kerajaan.
"Sejak kebelakangan ini rakyat menderita dengan kesempitan hidup akibat daripada kenaikan harga barangan dan kos kehidupan yang semakin meningkat dari hari ke hari.
"Beta menyeru kepada pemimpin politik ini untuk turun bersama rakyat bagi melihat masalah rakyat dan berusaha keras ke arah membantu mereka terutama mereka yang berpendapatan rendah dan miskin," titah baginda.
Sultan Sharafuddin turut menyeru agar rakyat Selangor terus menjalinkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain dan sentiasa memelihara sensitiviti kaum dan tidak mencampuri urusan sesuatu kaum yang lain khususnya apabila melibatkan isu-isu keagamaan.
"Keharmonian akan sentiasa terpelihara sekiranya rakyat yang menganut pelbagai agama ini tidak mencampuri urusan agama penganut agama yang lain.
"Janganlah perpaduan yang telah kita bina bersama sejak sekian lama ini kita runtuhkan hanya kerana kita mempunyai perasaan syak wasangka antara satu sama lain dan hilang rasa hormat sesama kita yang berlainan agama dan bangsa ini," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 11 2019
Sultan Sharafuddin berkenan memeriksa perbarisan sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda di Balairung Seri Istana Alam Shah di Klang, hari ini. -- fotoBERNAMA
Mr Beast kini saluran YouTube dengan jumlah pengikut tertinggi
Mr Beast berkata kejayaan ini ialah bagi membalas kekalahan PewDiePie yang dipintas oleh T-Series sekitar lima tahun yang lalu.
Hospital, pusat kesihatan Arab Saudi siap sedia untuk musim haji
Hospital dan pusat kesihatan telah melengkapkan semua persiapan untuk melaksanakan pelan organisasi yang telah disediakan.
Selangor tawan Jakarta
Ini merupakan trofi kedua kejuaraan empat penjuru dimenangi anak buah Nizam Jamil selepas muncul juara SAC 2024 April lalu.
Petugas haji diseru terus berusaha tingkat kualiti perkhidmatan, imej TH
Mereka diseru supaya terus berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan khususnya terhadap jemaah serta imej TH.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [3 Jun 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi;
Bekas Datuk Bandar Johor Bahru didakwa terima rasuah RM1.55 juta
Isu Kampung Sri Makmur: Anggota penguat kuasa ikut prosedur, tatacara perobohan - PDT Gombak
KKM siasat peniaga rendam sotong dalam ‘tong sampah’
Bekas Datuk Bandar Johor Bahru didakwa terima rasuah RM1.55 juta
Isu Kampung Sri Makmur: Anggota penguat kuasa ikut prosedur, tatacara perobohan - PDT Gombak
KKM siasat peniaga rendam sotong dalam ‘tong sampah’
Misteri jeritan wanita kesakitan di tengah malam
Klip yang merakamkan suara misteri teriakan wanita seperti sedang kesakitan itu turut menjadi tular di media sosial.
Dron Hezbollah sasar bandar di utara Israel
Menurut IDF dan media tempatan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan hanya menyebabkan kebakaran.
Sebuah kebakaran tercetus di kawasan berumput California
Sebuah kebakaran tercetus di sebuah kawasan berumput berkeluasan 12,000 ekar di Venalis, California pada Ahad.
Insiden itu menyebabkan anggota Bomba California terpaksa bertungkus lumus memadamkan kebakaran dan arahan pemindahan secara meluas turut dikeluarkan.
Insiden itu menyebabkan anggota Bomba California terpaksa bertungkus lumus memadamkan kebakaran dan arahan pemindahan secara meluas turut dikeluarkan.
Seorang maut manakala 25 cedera ditembak di Ohio
Sekurang-kurangnya seorang maut dan 25 cedera dalam kejadian tembakan di Akron, Ohio, Amerika Syarikat.
Jabatan Polis Akron pada Ahad berkata, pihak polis menerima beberapa panggilan selepas tengah malam Ahad selepas didapati berlakunya tembakan di kawasan Kelly Ave dan 8th Ave.
Jabatan Polis Akron pada Ahad berkata, pihak polis menerima beberapa panggilan selepas tengah malam Ahad selepas didapati berlakunya tembakan di kawasan Kelly Ave dan 8th Ave.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat Ahad.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata jumlah keseluruhan berjaya ditebus hanya dalam tempoh tiga hari selepas ia dibuka bermula 31 Mei lepas.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata jumlah keseluruhan berjaya ditebus hanya dalam tempoh tiga hari selepas ia dibuka bermula 31 Mei lepas.
Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.
Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.
Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.
Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.
Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM
Tujuh kertas siasatan telah dibuka melibatkan kes 3R atau kes penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja bagi tempoh bermula 27 Mac 2023 sehingga 6 April 2023.