BeritaNasionalPolitik

Plaza Tol Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat diwarta

SEBANYAK sembilan buah plaza tol di wartakan bagi Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE).

Perintah tersebut dikeluarkan menerusi Perintah Jalan Persekutuan (Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (Taiping – Banting)) (Pindaan) (No. 2) 2019 oleh Jabatan Peguam Negara pada 9 Disember lalu.

Menurut perintah tersebut, beberapa kawasan ditentukan sebagai lokasi plaza tol seperti Bukit Raja Utara dan Selatan.

Diikuti dengan Plaza Tol Hutan Melintang, Teluk Intan, Sitiawan dan Sitiawan Utara.

Tiga lagi plaza tol diwartakan di Kampung Lekir, Changkat Chermin dan Beruas.

Walau bagaimanapun, pewartaan ini mendapat sambutan dingin dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkannya sebagai tidak bertepatan dengan manifesto parti Pakatan Harapan.

Menerusi akaun Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, netizen menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pewartaan plaza tol tersebut.

“Alaa kalau setakat kena caj kesesakan, itu bukan tol. Sebab caj kesesakan ni mana ada tol,” sindir Halim Dawson.

“Setiap kerajaan yang menang dan perintah tak akan dapat nak hapuskan tol percayalah kos penyelenggaraan baik pulih jalan amat mahal,” kata Soonde De.

“Perjuangan hapuskan tol adalah tipu helah dan strategi pilihanraya semata-mata. Kerajaan PH langsung tiada niat untuk menunaikan kunci manifesto PRU-14 mereka kerana hanya mereka yang suci, manifesto bukan kitab suci,” luah Maswan Ag Tengah.

Sebelum itu Najib turut mengulas pewartawaan tersebut dan menganggapnya sebagai tiada tol akan dihapuskan oleh kerajaan pada masa akan datang.

“Kerajaan PH baru sahaja mewartakan banyak plaza tol untuk Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).

“Kenapa perlu wartakan plaza-plaza tol jika PH akan mansuhkan semua tol tak lama lagi,” katanya. – SM

(Visited 788 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button