fbpx
Now Reading
Lelaki Mengadu Sijil Degree Dirosakkan Kucing, Tapi Respon Netizen Lawak Habis

Lelaki Mengadu Sijil Degree Dirosakkan Kucing, Tapi Respon Netizen Lawak Habis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Meskipun kucing merupakan seekor haiwan yang comel, namun pastinya mereka memiliki sifat nakal bukan? Apatah lagi jika baru sahaja berbuat salah mesti menggunakan mukanya yang innocent agar tidak dihukum atau dimarah oleh tuannya.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki apabila dia memuat naik sekeping gambar sijil ijazahnya yang rosak di laman Twitter miliknya.

Afif Adlan yang terlihat begitu marah sekali dengan kucing peliharaannya kerana gara-garanya punca sijil ijazah tuannya rosak. Difahamkan, Afif meletakkan sijilnya itu di atas meja belajarnya sebelum kejadian tersebut berlaku.

Kredit: Twitter/ @mamblonumber5

Malah, dia yang turut memuat naik gambar kucingnya yang bernama Mika itu menerusi ciapan seterusnya untuk menunjukkan siapa ‘dalang’ yang memakan dan merosakkan sijilnya itu.

Perkongsian tersebut berjaya memperoleh sebanyak 78.4K retweet, manakala sebanyak 472K yang menekan butang tanda suka di laman Twitter miliknya.

Rata-rata ramai yang terhibur dengan gelagat kucing kesayangannya itu sehingga ada yang turut berkongsikan situasi yang sama berlaku kepada Afif. Bahkan ada yang lagi teruk kucing mereka lakukan. Adoi! ingat si Oyen je yang selalu buat hal rupanya yang lain pun sama. Ini mesti Oyen yang ajar.

Kredit: Twitter/ @mamblonumber5
Kredit: Twitter/ @mamblonumber5
Kredit: Twitter/ @mamblonumber5
Kredit: Twitter/ @mamblonumber5

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.