fbpx
Now Reading
Juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae Terharu Haneesya Hantar Mesej Ucap Tahniah Dan Titip Nasihat
Shaza Bee Haneesya

Juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae Terharu Haneesya Hantar Mesej Ucap Tahniah Dan Titip Nasihat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B6MbvS9BDGo/

Juara Dewi Remaja 2019 sudahpun di umumkan dengan kemenangan mutlak milik Shaza Bae. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Shaza Bae atas kemenangan ini, sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi. 

Shaza Bae, 24 yang juga seorang wartawan penyiaran berasal dari Kuala Lumpur ini berjaya menumpaskan empat finalis lain iaitu Adriana Ghafar (21), Nynaa Harizal (23), Shatirah Amanda (19) dan Syamira Izzati (22). Aura Shaza dilihat begitu kuat sehinggakan ramai yang memang sudah menyangkakan kemenangan dirinya.

Apa yang menariknya, Shaza baru-baru ini telah meluah rasa terharunya di Instagram kerana menerima mesej peribadi dari Haneesya Hanee yang mengucapkan tahniah dan memberi kata-kata nasihat buat Dewi Remaja 2019 itu.

Dipetik dari Remaja, Shaza berkata dia tidak pernah berpeluang untuk bertemu atau berkomunikasi dengan Haneesya sebelum ini namun semalam dia agak terkejut apabila melihat ada mesej yang dikirimkan kepadanya oleh gadis berkenaan melalui Instagram.

Foto : Remaja.my

“Sampai saya rasa macam, Eh Haneesya ni salah dm ke? Tapi apa pun, saya rasa terharu lah apabila dia wish dekat saya, walaupun a very simple word but i very humbled,” ujar Shaza Bae sewaktu dihubungi portal berkenaan.

Malah dia turut merasakan yang Haneesya seorang yang sweet dan mendoakan yang terbaik untuk gadis itu dalam apa jua perkara yang dilakukannya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.