fbpx
Now Reading
[VIDEO] Lepas Kencing…Terperangkap

[VIDEO] Lepas Kencing…Terperangkap

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.youtube.com/watch?v=qkm4fmSIQhE"]

Baru-baru ini, viral di media sosial tentang seorang kanak-kanak lelaki yang sengaja melakukan vandalisme mengundang padah apabila beliau terperangkap di dalam lif.

Kejadian yang berlaku di Chongqing, China itu berlaku pada jumaat lalu. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kanak-kanak terbabit berada dalam sebuah lif bersendirian.Kanak-kanak itu kemudian membuka seluarnya dan membuang air kecil serta dengan sengaja menghala air kencingnya pada butang lif.

Selepas berbuat demikian, beliau menutup zip seluarnya dan bersedia untuk keluar. Namun, pintu lif hanya terbuka sedikit dan kembali tertutup rapat manakala lampu butang-butang lif itu kemudian dilihat mengalami masalah atau ralat, serta lampu lif yang tak berhenti berkelip-kelip.

Terkejut dengan insiden itu, beliau segera menekan butang kecemasan untuk meminta bantuan sebelum lampu lif terpadam meninggalkan beliau dalam keadaan yang gelap. Beliau bernasib baik selepas berjaya diselamatkan oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Perbuatan beliau akhirnya terbongkar dan menyebabkan beliau melalui satu pengalaman ngeri dan ramai yang mengatakan itu adalah balasan kepadanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.