fbpx

“Jemyma Nangis Teruk, Ibu Tak Sampai Hati” – Fasha Sandha

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha berkongsi pengalaman menghantar anak perempuannya, Puteri Raysha Jemyma, 3, di hari pertama persekolahan.

Menerusi entri terbaru di akaun Instagram (IG) hari ini, Fasha memberitahu tidak sampai hati melihat puteri kesayangannya itu menangis.

“Hari pertama untuk Jemyma, tahun kedua untuk Rayfal.

“Jemyma nangis teruk. Ibu tak sampai hati tetapi kena kuatkan hati and had to leave her, nangis terus Jemyma,”tulisnya.

 

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen foto tersebut, pengikut IGnya juga turut berkongsi pengalaman pertama menghantar anak sekolah.

Rata-ratanya memberitahu mengalami situasi yang sama seperti Fasha.

“Anak saya pun yang empat tahun menangis meraung hari ini. Tak sampai hati nak hantar. Minta bapa dia je kalau tak, nak duduk dengan anak,” – @deliciocouture

“Kan kak Fasha. Siapa yang jadi ibu tahulah perasaan bila tengok anak nangis kan. Lumrah kita sebagai ibu,” – @rohaizarozianarohaizad

Foto: Instagram @fashasandha

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.