Luar Negara

Arab Saudi catat 34 lagi kematian akibat Covid-19

ARAB Saudi mengumumkan 34 lagi kematian akibat virus corona Covid-19 dengan 3,121 kes baharu pada Sabtu.

Dari kes baharu itu, 900 dicatatkan di Riyadh, 572 di Jeddah, 279 di Mekah, 170 di Madinah dan 149 di Dammam.

Kementerian Kesihatan negara itu memberitahu, 1,175 orang telah pulih daripada virus itu menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih ialah 71,791 orang.

Arab News melaporkan Setakat ini 676 orang maut akibat virus itu di Arab Saudri setakat ini.

Pada Jumaat kerajaan negara itu mengumumkan perintah berkurung selama 15 hari di Jeddah bagi membedung penularan Covid-19.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan sekatan itu bermula pada Sabtu hasil daripada penilaian situasi kesihatan di bandar raya itu oleh pihak berkuasa.

Perintah berkurung di Jeddah akan bermula pada pukul 3 petang hingga 6 pagi bermula Sabtu dan semua masjid akan ditutup semula.

Kakitangan awam dan sektor swasta di bandar raya itu tidak perlu di pejabat.

Restoran juga tidak dibenarkan beroperasi dan berhimpun melebihi lima orang tidak dibenarkan sepanjang tempoh itu.

Bagaimanapun penerbangan tempatan dan kereta api akan terus beroperasi dan orang ramai boleh keluar masuk ke bandar itu di luar waktu perintah berkurung.

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button