fbpx

“Bunyi dia memang bikin meremang” – Bunyi King Cobra Mendengus Buat Ramai Kecut Perut [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ular King Cobra atau ular tedung selar merupakan salah satu jenis ular yang paling berbisa dan berbahaya di dunia.

Sangat terkenal dengan saiz dan gigitannya yang begitu berbahaya, King Cobra mampu membunuh jika mangsa tidak diberikan rawatan dengan kadar segera.

Terbaru tular satu video di TikTok memaparkan seekor king Cobra sedang mengigit seekor ular lain dari jarak dekat.

Dimuat naik oleh  @meraukedion  video tersebut nyata menarik perhatian orang ramai ekoran dari suara mendengus dihasilkan ular tedung selar tersebut sewaktu meratah mangsanya.

@meraukedion

Balas @pujaalliyamaganta suara asli king cobra #fyp #fypage #fypageシ

♬ suara asli – meraukePapua Dion🇮🇩

Mungkin disebabkan jaraknya yang terlalu dekat, dengusan ular tersebut dapat didengari dengan begitu jelas.

Ramai yang bersetuju bunyi itu sahaja sudah cukup membuatkan mereka kecut perut apatah lagi jika berhadapan dengannya di dunia nyata.

Macam bunyi kucing

Jangan nak dengar bunyi, nampak bayang pun da lari

Bunyi desir dia.. masyaAllah..

lebih gahar dari hissing ular lain

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.