HiburanUncategorized

Mampu ke Blackpink tewaskan BTS?

ADAKAH Blackpink mampu menewaskan BTS menerusi muzik video paling ramai ditonton di YouTube dalam tempoh masa 24 jam?

Untuk rekod, setakat artikel ini ditulis iaitu selepas 16 jam video muzik terbaharu Blackpink berjudul How You Like That ditayangkan sudah mencapai 62 juta tontonan di YouTube.

BTS pula mencatatkan 74.6 juta tontonan di YouTube dalam masa 24 jam menerusi lagu Boy With Luv feat Halsey pada April tahun lalu.

Malah, rekod dalam masa 24 jam ini belum mampu digugat mana-mana kumpulan atau penyanyi lain.

blackpink

Kemungkinan untuk Blackpink untuk mendapat tempat kedua itu ada sekaligus menewaskan lagu berjudul Me! dendangan Taylor Swift feat. Brendon Urie yang mencatatkan 65.2 juta tontontan di YouTube pada 26 April tahun lalu.

Blackpink yang dianggotai Lisa, Rose, Jisoo dan Jennie sebenarnya sudah menang satu daripada perlawanan menentang BTS di YouTube.

Ini kerana kumpulan itu berjaya meraih 1.65 juta tontonan secara serentak ketika video itu membuat tayangan perdana di YouTube.

Angka itu sudah menewaskan BTS yang sebelum ini yang mencatatkan 1.54 juta tontonan secara serentak menerusi muzik video bagi lagu berjudul On.

blackpink

Begitulah jumlah angka melibatkan dua kumpulan besar K-Pop dan pastinya, jumlah itu sebenarnya adalah hasil sokongan padu kelab peminat mereka.

BTS menerusi Army manakala Blackpink pula menerusi Blink. Kedua-duanya memainkan peranan penting untuk membawa lagu dan kumpulan tersebut berada di atas mana-mana carta.

Malah, lagu How You Like That yang belum 24 jam disiarkan secara rasmi sudah menjuarai carta i-Tunes di 56 buah negara.

BACA> BTS derma RM5 juta bantu penggiat seni belakang tabir

Jadi persoalan sama ada Blackpink mampu menewaskan BTS daripada segi jumlah tontonan dalam masa 24 jam itu masih belum dapat dipastikan.

Tetapi apa yang penting ialah kedua-dua mereka berasal dari negara yang sama, membawa genre muzik yang sama dan mencapai rekod yang hampir sama.

Malah, tujuan negara Korea Selatan itu sendiri untuk membawa seni, budaya dan bahasa mereka ke peringkat antarabangsa sudah tercapai dan momentum itu sedang bergerak dengan baik.

BACA> Won Bin tolak tawaran drama dengan bajet RM230 juta

Peminat muzik tempatan pula janganlah berkecil hati sebab kita pun ada artis yang sudah bertaraf penyanyi antarabangsa seperti Yunalis Zarai atau juga dikenali sebagai Yuna.

Cuma mungkin perlukan sokongan daripada beberapa pihak lain supaya muzik negara kita bukan dikenali melalui individu sahaja, sebaliknya menerusi seni, bahasa dan budaya. -SM

(Visited 513 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button