fbpx
Now Reading
Risaukan Pengusaha Kecil, Pemuda Negara Gesa Kerajaan Benarkan Operasi Carwash dan Kedai Gunting Rambut

Risaukan Pengusaha Kecil, Pemuda Negara Gesa Kerajaan Benarkan Operasi Carwash dan Kedai Gunting Rambut

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pemuda Negara, hari ini menggesa kerajaan untuk menimbangkan keperluan membuka kembali perusahaan kecil seperti kedai gunting rambut, penjagaan diri, kedai jahitan dan perkhidmatan mencuci kereta.

Pengasasnya, Dr Afif Bahardin menerusi satu kenyatan berkata kesemua sektor ini yang banyak diusahakan oleh rakyat tempatan  merupakan sektor yang terdedah dengan risiko gulung tikar sekiranya terus tidak dibenarkan untuk beroperasi.

“Kerajaan tidak boleh lagi hanya membuat andaian semata-mata bahawa mereka ini adalah punca merebaknya jangkitan COVID-19.”Sewajarnya sektor yang hampir keseluruhannya didominasi oleh golongan orang muda ini dipertimbangkan segera oleh Kerajaan untuk dibenarkan beroperasi semula dengan menggariskan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat sekiranya perlu.

“Langkah sebelum ini yang menutup terus operasi perniagaan golongan ini bukan sahaja mengakibatkan mereka kerugian, tetapi masa sama akan mewujudkan masalah aliran tunai dan seterusnya menjerumus golongan ini kepada bebanan hutang dan risiko bankrap,” kata Afif.

Turut disuarakan pengusaha kecil di media sosial

Gesaan Pemuda Negara ini sememangnya harus diberikan diberikan perhatian yang khusus oleh kerajaan khususnya Majlis Keselamatan Nasional(MKN) memandangkan banyak rayuan, surat terbuka dan rungutan ini sudah mula kedengaran di media sosial sejak kebelakangan ini.

Antaranya yang diutarakan seorang pemuda ini, Sadhidaran, seorang pengusaha perkhidmatan mencuci kereta yang merayu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar kembali membenarkan sektor perniagaannya di buka.

“Kepada Perdana Menteri, Saya Sadhidaran, saya seorang pemilik syarikat perkhidmatan mencuci kereta.

“Mohon benarkan syarikat kecil seperti kami untuk kembali beroperasi. Minggu-minggu PKP sebelum ini kami masih lagi mampu untuk menanggung hidup, namun teringatkan dua minggu mendatang, saya tidak pasti cara untuk meneruskan kehidupan” kata Sashidaran.

“Saya tidak pasti cara untuk meneruskan kehidupan”

Turut dibangkitkan Lando Zawawi

Rayuan sama juga pernah diutarakan pelakon dan pengasas Brotherhood Malaysia, Lando Zawawi yang mewakili suara pengusaha-pengusaha syarikat car wash merayu kepada kerajaan untuk membenarkan kembali operasi perniagaan mereka.

Malah menerusi video tersebut Lando turut menyoalkan kenapa perusahaan seperti Car Wash harus ditutup memandangkan mereka juga sebenarnya adalah perniagan penting di musim Covid-19.

Bukan sahaja boleh mencuci, malah perniagaan Carwash turut melakukan disinfeksi yang juga salah satu cara untuk membasmi kuman dan virus yang terdapat pada kenderaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.