'Ini yang kerajaan Najib cakap tentang laporan kami empat tahun dulu'

Tom Wright menunjukkan buku Billion Dollar Whale yang ditulis bersama dengan rakan sekerjanya, Bradley Hope.
Tom Wright menunjukkan buku Billion Dollar Whale yang ditulis bersama dengan rakan sekerjanya, Bradley Hope.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengarang bersama buku Billion Dollar Whale, Tom Wright memuat naik semula pautan laporan media yang mengkritik pendedahan mereka terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Ini ialah apa yang kerajaan Najib cakap tentang laporan kami empat tahun dulu. Sekarang dia disabitkan atas kesalahan jenayah dan dihukum penjara selama 12 tahun. Dia boleh merayu tetapi itulah keputusannya," katanya menerusi Twitternya.

Wright merupakan wartawan Wall Street Journal (WSJ) telah menulis buku kontroversi bersama dengan rakan sekerjanya, Bradley Hope.

Mereka mula menulis buku tersebut pada 2015 apabila berita transaksi kewangan yang membabitkan 1MDB mula didedahkan kerana skandal itu turut membabitkan seorang Perdana Menteri.

Bagaimanapun, pada 27 April 2016, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad mengeluarkan kenyataan bahawa The Wall Street Journals (WSJ) telah melakukan pembohongan dan langsung tidak mempedulikan fakta oleh dalam laporannya mengenai Malaysia.

Beliau berkata WSJ yang melaporkan sebagai fakta buat beberapa kali, termasuk oleh Ken Brown pada 20 April dan Tom Wright pada 11 Mac, bahawa Najib telah melantik Tan Sri Irwan Serigar Abdullah sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu dan beliau dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tengku Sariffuddin berkata Gabenor baharu telah dinamakan pada ketika itu ialah Datuk Muhammad Ibrahim yang dilantik bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei 2016.

Selain itu, Tengku Sariffuddin turut berkata, ramai yang percayakan laporan WSJ kerana mereka tidak sedar bahawa WSJ telah secara sukarela membenarkan ia digunakan sebagai alat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi Kempen Anti-Najib, hanya demi untuk tajuk sensasi.

Artikel Berkaitan:

Tanggungjawab paling asas bagi mana-mana wartawan ialah perlu mengesahkan fakta, lebih-lebih lagi jika dakwaan itu serius dan daripada lawan politik tetapi WSJ berterusan melaporkan pembohongan sebagai fakta daripada sumber tidak mahu dikenali. Mereka mengaibkan bidang kewartawanan.