fbpx
Now Reading
Hati-Hati Dengan Dua Jenama Produk Sardin Dalam Tin Ini

Hati-Hati Dengan Dua Jenama Produk Sardin Dalam Tin Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

DUA produk sardin dalam tin dari China iaitu Canned Sardines in Tomato Sauce jenama TL Tan Lung dan Sardines in Tomato Sauce jenama TLC diarah ditarik balik dari pasaran kerana mengandungi bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, arahan itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan kepada dua syarikat pengimport sardin dari China iaitu syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd kerana produk yang diimport tidak mematuhi Akta Makanan 1983.

“Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas produk makanan import termasuk produk ikan sardin dan ikan mackerel dalam tin.

“Pemantauan ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di semua pintu masuk negara dan di pasaran sentiasa dilakukan dan sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, tindakan penguatkuasaan akan diambil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan yang tular di laman sosial berkaitan cacing mati ditemui dalam produk ikan sardin dalam tin dari negara China.

“Laporan itu menyatakan bahawa pihak Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM), Indonesia mengarahkan tiga pengimport produk ikan sardin dalam tin untuk menarik balik produknya dari pasaran selepas pemeriksaan menunjukkan cacing mati ditemui dalam produk mereka yang diimport dari negara China,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.