seismik

[VIDEO] Tak Ikut Kawan Lari Sekali, Budak Lelaki Ini Terpaksa 'Harungi' Seorang Diri

Lah dik, kenapa tak ikut kawan-kawan tu.

Cover image via @kathymuni (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tentu ramai di sini yang pernah mempunyai pengalaman dikejar oleh anjing bukan?

Sudah pasti, ia adalah satu keadaan yang cemas kerana kita terpaksa berdepan dengan haiwan tersebut. Memang kita akan berlari selaju mungkin untuk mengelakkannya, kalau tak, takut lain pula yang jadi.

Sama seperti video ini yang memaparkan seorang budak lelaki terpaksa 'mengharungi' detik cemas seorang diri ketika dikejar seekor anjing telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@kathymuni

Kena kejar dengan anjing

bunyi asal - Munira Mossin

Terpaksa berlari seorang diri selepas ke arah lain

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan budak lelaki sedang berada di tepi jalan raya.

Namun, tiba-tiba seekor anjing berwarna putih datang dan menghampiri mereka. Situasi itu membuatkan mereka semua takut dan berlari bersama untuk mengelakkan dikejar anjing tersebut.

Tetapi, ketika sedang berlari, salah seorang daripada mereka berlari ke arah berbeza menyebabkan anjing itu terus mengejarnya seorang diri.

"Pengajaran dekat sini kita perlu lari ikut member jangan seorang" - Netizen

Dalam pada itu, tinjaun di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan memikirkan apakah nasib budak tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 860.9K views, 95.6K likes dan 1,666 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Alahai, sian kau dik. Apalah nasib dia :')

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: