[VIDEO] Penganggur hadapi tiga tuduhan amang seksual

Penganggur berdepan tiga pertuduhan amang seksual ke atas sepupunya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu.
Penganggur berdepan tiga pertuduhan amang seksual ke atas sepupunya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap sepupunya pada 2015 hingga 2021.

Tertuduh yang berusia 22 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang pada ketika itu berusia 12 tahun di tandas dan bilik tidur sebuah rumah di Taman Datuk Syed Idrus Gelang Patah antara tahun 2015 hingga 17 Oktober 2021.

Kesemua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Chan Choon Yew dan Nor Fadilah Johanuddin sementara tertuduh diwakili peguam, R Subash.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 ke atas semua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri ke balai polis terdekat setiap bulan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tidak boleh menggangu saksi dan mangsa.

Pengurusan kes dan penyerahan dokumen ditetapkan pada 7 Julai.