seismik

"Mak Cik Confuse" - Gara-Gara Terpengaruh Mat Kilau, Lelaki Sampai Bersilat Depan ATM

Reaksi aunty tu lawak.

Cover image via @ataata0102 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Filem Mat Kilau yang baru-baru ini ditayangkan di pawagam mendapat sambutan hangat daripada masyarakat

Disebabkan itu, ramai yang memang kagum dan terpengaruh dengan kegagahan Mat Kilau dan kemahiran silatnya. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki menunjukkan kemahiran silatnya semasa mengeluarkan duit di ATM telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@ataata0102

ambik Wang ,utk tengok citer Mat kilau

Mentera Semerah Padi - M. Nasir

Buat silat depan ATM gara-gara penangan Mat Kilau

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang berada di mesin ATM untuk mengeluarkan sejumlah wang.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia tiba-tiba merakam dirinya bersilat depan ATM. Dia menggayakan aksi seperti Mat Kilau yang baru-baru ini menjadi fenomena di media sosial. 

Tindakannya itu yang tiba-tiba bersilat membuatkan mak cik sebelah terkejut dan menoleh ke arahnya berkali-kali. Bukan itu saja, dia juga pernah merakam dirinya membuat TikTok di ATM juga sebelum ini.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Aunty tu nak lari tapi duit tak keluar lagi. Aduh dok seriau je dia takut kena penampar" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 223K tanda suka dan 12K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagatnya. Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aunty tu takut-takut nak tengok kau bang! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: