Pengikut ‘Neelofa Junior’ Dah Cecah 18 Ribu, Bapa Izinkan Masuk Dunia Hiburan

Tiada siapa menyangka adik Che Naura Auni atau digelar Neelofa kecil, akhirnya dapat juga peluang untuk berjumpa selebriti kegemarannya menerusi rancangan meleTOP beberapa hari lalu.

Adik Naura sebelum ini tular di beberapa platform media sosial kerana iras wajahnya yang seakan Neelofa selepas foto dikongsikan di Twitter sehingga menarik perhatian selebriti itu sendiri yang kemudian menjemputnya ke set meleTop dengan di temani oleh bapanya, Che Fahdlullah Che Mazam

Yang menariknya Neelofa sendiri turut mengakui bahawa kanak-kanak itu memang mempunyai iras seperti dirinya.

Selepas pertemuan mereka yang disiarkan di MeleTOP , adik Naura jelas tidak dapat menyorokkan rasa teruja dan gembiranya sehinggakan nama Neelofa tidak lekang di mulutnya sehinggalah pulang ke rumah.

Dipetik dari mStar, ayahnya sendiri sukar percaya impian anaknya itu akhirnya menjadi kenyataan.

“Sebelum ni dia selalu cakap nak jumpa Neelofa, nak beraya di rumah Neelofa. Bila dapat jemputan ni, saya anggap ia rezeki, sebab dah selalu disebut oleh Naura.

“Dia memang gembira. Masa dalam kereta lepas balik dari program tu, dia cakap seronok dapat jumpa Neelofa. Sampai rumah pun dia bercerita hal sama pada sepupu-sepupunya,” ujar Che Fahdlullah.

Che Fahdullah juga tidak menolak seandainya penularan kisah wajah Naura mirip selebriti itu membawa rezeki buat anaknya malah dia terbuka dan berlapang dada seandainya ada pihak yang mahu memberi tawaran kepada anaknya dalam bidang seni.

“Saya pun bukan kerja bagus, kerja kilang sahaja. Kalau ada orang bagi tawaran berlakon, jadi model atau iklan, saya tak tolak.

“Tapi janganlah sampai ia menjejaskan Naura, sebab dia masih kecil. Tapi saya anggap rezeki, untuk simpanan masa depan dia juga,” katanya.

Recent Posts

  • Trending

“Memang Humble Orangnya” – MK K-Clique Salam & Cium Tangan Peminat Cilik Raih Pujian [Video]

Anggota kumpulan K-Clique itu turut bergurau dengan mencuit bahagian perut kanak-kanak itu sebelum menurunkan tandatangannya…

2 days ago
  • News
  • Trending

Kes Pukul OKU, Pegawai Polis Terlibat Akan Dipanggil Ke Bukit Aman – KPN

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ia bagi memastikan siasatan menyeluruh dapat dilakukan…

2 days ago
  • Trending

Rosyam Nor Nasihat Henti Guna Istilah ‘Pelakon Kayu’ Pada Artis Baharu

Menurutnya, istilah tersebut tidak sepatutnya digunakan kerana para pelakon ini masih baru dalam industri dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Kes Pemandu E-Hailing Dipukul, TMJ Arah Siasatan Menyeluruh

Menurut Tunku Mahkota Ismail, baginda sedar terdapat gerakan mengheret institusi diraja dengan insiden terbabit, namun…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Paksa Anak 4 Tahun Makan Cili Hingga Maut, Lelaki Di Singapura Dipenjara 8 Bulan

Hasil bedah siasat mendapati kematian si kecil berpunca akibat tercekik dan halangan pada saluran pernafasan…

2 days ago
  • Trending

3 Cedera Dalam Insiden Papan Iklan Terbakar Di Lebuhraya Persekutuan

Seramai tiga orang pekerja Indonesia mengalami kecederaan sementara enam lagi selamat.

2 days ago