seismik

Baru Feeling Nak Rekod Dekat Cermin, Sekali Terbuat 'Transition' Dengan Orang Depan Pula

Menjadi sis!

Cover image via @sarahrahidi_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Banyak video yang kita lihat hari ini menggunakan pelbagai filter dan transition menarik

Ia membuatkan video tersebut nampak lebih cantik dan menarik untuk ditonton betul tak? Tambahan lagi jika transition yang dilakukan memang gempak habis.

Namun, lain pula dengan gadis ini apabila dia dan rakannya kononnya baru saja mahu mengambil video mereka di cermin bertukar menjadi lain.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sarahrahidi_

ingatkan nak record video kat cermin eh terbuat transition pulak

original sound - sarah

Niat nak rekod berjalan depan cermin dengan rakan, sekali lain pula jadi

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang gadis sedang berada di depan cermin sambil menarik beg mereka.

Pada awalnya, mereka berdua ingin merakamnya di depan cermin sambil berjalan. Namun, sedang asyik berjalan, tiba-tiba dia secara tidak sengaja terakam orang yang berjalan didepannya.

Video itu ternyata kelihatan seperti dia sedang membuat transition dan ia sangat menjadi.

"Hahahah weh masalahnya selari weh. Ya Allah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 73.5K views, 7,230 likes dan 120 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Aduhai, menjadi pula tu transition dia :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: