Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
2,433 kes baru, 9 kematian, tiga digit di Kelantan
Diterbitkan:  Jan 10, 2021 6:53 PM
Dikemaskini: 11:32 AM

Penularan Covid-19 di negara ini terus mencatatkan empat angka dengan 2,433 kes baru dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan perkembangan itu menjadikan jumlah kes positif kini sebanyak 135,992 kes, manakala kes aktif sebanyak 27,332.

Selangor mendahului negeri-negeri lain dengan 730 kes, dikuti Sabah (403 kes)  dan Johor (321 kes).

Sementara itu, Kelantan kali pertama mencatatkan peningkatan tiga angka dengan 103 kes baru dilaporkan.

Negeri-negeri lain adalah seperti berikut:- Kuala Lumpur (231), Pulau Pinang (189), Negeri Sembilan (144), Perak (80), Kedah (71), Pahang (41), Melaka (35), Terengganu (29), Sarawak (24), Labuan (17), Putrajaya (10) dan Perlis (5).

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sembilan lagi kematian, menjadikan jumlah keseluruhan angka korban setakat ini adalah seramai 551 orang.

Dia berkata seramai 171 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 76 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 86 kes baru yang dilaporkan hari ini adalah berkaitan Kluster Penjara Jalan Harapan (79 kes), Kluster Pagar Siput (3 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), dan Kluster Tembok Choh (1 kes). 

Dr Noor Hisham juga memaklumkan lima lagi kluster baru dikenal pasti, menjadikan jumlah kluster kini adalah sebanyak 586.

Kluster berkenaan adalah:

1. Kluster Tapak Bina Cyber melibatkan daerah Sepang, Petaling, Klang, dan Hulu Langat di Selangor (67 kes positif)

2. Kluster Texmile melibatkan daerah Gombak di Selangor (19 kes positif)

3. Kluster Jalan Sibuga melibatkan daerah Sandakan di Sabah (9 kes positif)

4. Kluster Alor Durian melibatkan daerah Tumpat dan Kota Bahru di Kelantan (17 kes positif)

5. Kluster Wakaf Lanas melibatkan daerah Pasir Puteh di Kelantan (11 kes positif)

"Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 332 kluster, termasuk tujuh kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bandar Impian, Kluster Indah Mas, Kluster Kubota, Kluster Batu Tiga, Kluster Rumah Merah, Kluster Sri Jujur, dan Kluster PTS Sibuga. 

"Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 254 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 65 kluster melaporkan pertambahan kes 5 pada hari ini," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata seramai 1,277 pesakit sembuh sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih daripada wabak berkenaan adalah seramai 108,109 orang.


 

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS