Stesen TV Henti Liputan Sidang Media Trump Selepas Dia Dakwa Joe Biden Guna Undi Tidak Sah
Dakwaan itu dilakukan Trump disaat Biden semakin hampir memperoleh undi majoriti bagi ke Rumah Putih
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum pasti mengetahui yang Trump ketika ini sudah pun ketinggalan dalam pengiraan undi kepada pesaingnya Joe Biden dari Parti Demokrat yagn dilihat dilihat semakin hampir untuk memperoleh undi majoriti untuk bergelar Presiden Amerik Syarikat yang seterusnya
Namun dakwaan yang dilakukan Trump di satu sidang media bahawa Joe Biden dan partinya telah menipu dengan menggunakan undi tidak sah demi ‘mencuri’ kemenangan menyebabkan beberapa Stesen TV besar menghentikan siaran langsung sidang media tersebut secara tiba-tiba
Stesen-stesen TV berkenaan iaitu MSNBC, NBC dan ABC dalam masa sama turut menyimpulkan bahawa Presiden Donald Trump yang pertama kali tampil selepas malam pilihan raya Selalu lalu dilihat seolah cuba menyebarkan info palsu
“OK, kita sekali lagi berada dalam keadaan luar biasa untuk bukan sahaja memotong ucapan Presiden AS malah memperbetulkan kenyataan beliau,” kata penyampai berita utama MSNBC, Brian Williams, sebelum mereka bertindak menamatkan liputan sidang media berkenaan.
Malah Trump sepanjang 17 minit sidang media itu dilihat menggunakan peluang yang dia miliki untuk membuat terus ‘menyerang’ Parti Demokrat
Malah perkara sama turut dinyatakan oleh penyampai berita CNN, Jake Tapper yang menurutnya adalah hari menyedihkan untuk rakyat AS
“Malam menyedihkan untuk rakyat Amerika apabila mendengar presiden menyatakan dakwaan sedemikian, apabila mendakwa orang lain cuba mencuri kemenangannya,” kata Jake Tapper
Jelasnya lagi, Trump juga seolah berterus membuat pemhonongan mengenai ‘kemenanga yang dicuri’ tanpa langsung mengemukakan sebarang bukti. Ini jelas menurutnya adalah satu perbuatab kotor