fbpx
Now Reading
Mati Ditembak Sewaktu Protes, Hero Wanita 19 Tahun Ini Cetus Kebangkitan Rakyat Myanmar

Mati Ditembak Sewaktu Protes, Hero Wanita 19 Tahun Ini Cetus Kebangkitan Rakyat Myanmar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Umum pasti mengetahui situasi genting yang sedang berlaku di Myanmar ekoran penahanan pemimpin utamanya selepas tragedi rampasan kuasa oleh pihak tentera sejak Februari lalu.

Ekoran dari itu, ribuan rakyat negara berkenaan mula turun padang mendesak pentabiran kerajaan yang kini dipimpin oleh tentera untuk kembali melepaskan Aung San Suu Kyi dan pemimpin lainnya.

Namun protes yang bermula aman kemudiannya mula bertukar ganas dan akhirnya berakhir dengan kematian lebih 50 orang perusuh selepas ditembak anggota tentera yang berad di tempat kejadian.

Di antara puluhan rakyat yang terkorban itu, seorang darinya adalah seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Kyal Sin atau Angel yang maut selepas terkena satu dam tembakan di bahagian kepala.

Namun kematian Angel pada 3 Mac lalu kini menjadi pencetus kebangkitan rakyat Myanmar. Dia sebelum kematiannya telah menjadi perhatian orang ramai disebabkan perkataan  terpampang jelas di bajunya iaitu ‘Everything will be OK’.

Malah kisah dan fotonya mula tular ke seluruh Myanmar dan dunia sebaik kematiannya.

“Everything Will Be OK”

Cetus kebangkitan rakyat Myanmar untuk bangkit

Ini sekaligus membangkitkan kemarahan majoriti rakyat mereka yang sebelum ini memilih berdiam diri. Malah ramai di kalangan mereka memuji dan menyifatkan gadis ini adalah pahlawan sebenar memperjuangkan hak rakyat mereka.

Malah menurut beberapa orang yang berada bersamanya sewaktu protes tersebut, Angel begitu berani membantu pemproses tanpa menghiraukan nyawanya.

Malah dia orang yang bertanggungjawab menendang paip air sehingga terbuka bagi memudahkan orang ramai mencuci mata selepas disembur gas pemedih mata.

Sebagai menghormati dan mengenang kematian Angel, ratusan rakyat Myanmar kemudian dilihat turun padang mengiringi jenazahnya untuk pengebumian.

Satu yang pasti kematiannya dan puluhan rakyat mereka baru-baru ini pasti membuka mata seluruh dunia betapa getirnya situasi disana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.