fbpx

Pelakon Isma Yusoof Curi Tumpuan, Mengaku Dirinya Transgender Secara Terbuka

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Pelakon yang juga pengarah Isma Yusoof sejak beberapa hari lalu menjadi topik perbualan di media sosial selepas dia mengakui dirinya adalah seorang transgender.

Difahamkan pengakuan tersebut dilakukan Isma menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya berserta kapsyen yang berbunyi :  “Saya bangga saya PONDAN. Saya hanya tertarik kepada Lelaki Maskulin. Insyaallah”

“Saya bangga saya pondan”

Menerusi video berdurasi 6 minit 44 saat itu, Isma mengakui yang dia sebenarnya memang sudah cenderung dan mempunyai ciri kewanitaan sejak kecil lagi.

Namun peminat mungkin tidak menyedari perkara tersebut sebelum ini kerana mereka hanya melihat dirinya ketika dalam lakonan.

“Baik saya berterus terang, ya saya memang pondan, saya pondan dari kecil sejak azali. Kalau anda tengok gambar-gambar Isma masa kecil memang pose tu macam d pondan atau perempuan dah.

“Cuma korang ni korang base on lakonan Isma tau. Of course la Isma masuk dalam industri watak-watak yang diberikan watak straight,” kongsinya yang turut mengakui lebih selesa dengan keadaan dirinya sekarang.

Malah Isma atau nama betulnya Muhamad Ismaizal Yusoof,  turut menegaskan yang dia tidak peduli akan kecaman yang bakal dilemparkan masyarakat di atas pengakuannya.

“Ramai juga yang kata kenapa muka saya macam jantan, tak macam Sajat. Tak makan pil hormon untuk jadi macam wanita. Dan suara tak macam perempuan.

“Kenapa saya nak buat semua tu? Saya gembira dan terima bagaimana diri saya.

“Oleh kerana masyarakat hanya menerima lelaki dan perempuan, maka sebab itu pondan kena makan hormon potong itu ini untuk diterima masyarakat,” katanya lagi.

Lebih mengejutkan apabia dia secara terbuka turut mengakui yang langsung tidak mempunyai nafsu terhap wanita sebaliknya lebih sukakan kaum sejenis.

“Mak bukan lesbo (lesbian), saya adalah wanita, dalam diri saya adalah wanita, jadi sexual attraction saya adalah terhadap lelaki.

“Jadi lepas ni jangan tanya lagi perubahan saya. Saya pondan, dan bangga dengan keadaan itu,”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.