MahkamahPolitik

Guan Eng kesal fi guaman jadi pertuduhan rasuah

SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng kesal dengan tuduhan yang dikenakan terhadap isterinya Betty Chew berhubung isu rasuah di mahkamah.

Menurutnya, wang dan bayaran yang diterimanya daripada pelbagai syarikat termasuk berkaitan projek di Pulau Pinang hanyalah fi guaman.

Justeru, beliau kesal apabila fi guaman yang diterima isterinya sebagai seorang peguam bertauliah dianggap sebagai suapan.

Oleh demikian, beliau menyelar dakwaan tersebut dan menganggapnya sebagai tidak berasas dan bermotifkan politik.

“Apa yang kita hadapi hari ini adalah satu lagi pendakwaan tidak berasas yang bermotif politik.

BACA > Putra Perak buat laporan SPRM terhadap Ahmad Fayhsal – Suara Merdeka

“Pendakwaan baharu ini adalah berkaitan dengan isteri saya (Betty Chew) ini yang buat saya susah hati.

“Mereka kaitkan isteri saya kerana beliau mendapat hasil daripada kerjanya sebagai peguam.

“Beliau (Betty) adalah seorang peguam bertauliah.

“Jadi, untuk fi guamannya yang beliau pun sudah bayar cukai dan sebagainya dikaitkan dengan saya.

“Saya rasa tidak wajar dan munasabah kerana beliau adalah seorang peguam.

“Kalau fi peguam pun boleh dijadikan isu, saya pun rasa ada banyak kes-kes lain lagi sebagai seorang peguam bertauliah.”

Demikian kata Ahli Parlimen Bagan itu dalam sidang akhbar hari ini selepas hadir ke Mahkamah Butterworth, Pulau Pinang, pagi tadi.

BACA > UMNO disaran tarik balik sokongan terhadap PM – Suara Merdeka

Dalam sidang akhbar itu beliau hadir bersama isterinya dan peguam, Gobind Singh Deo serta berapa pemimpin DAP termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Terdahulu, Betty didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti Keganasan dan Hasil Kegiatan Haram 2001.

Isteri Guan Eng itu dikatakan menerima suapan berjumlah RM372,009.

Beliau didakwa dengan tiga pertuduhan, yang pertama adlaha menerima sejumlah wang berjumlah RM87,009 di Public Bank, Taman melaka Raya antara 7 Oktober 2013 dan 4 Oktober 2014.

Kedua pula beliau dikatakan menerima suapan sebanyak RM180,000 daripada syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd pada 3 September 2013 dan 11 Ogos 2014.

Kemudian, dalam pertuduhan ketiga, beliau didakwa menerima RM105,000 dalam akaun peribadinya menerusi syarikat tersebut pada 4 September 2015 dan 3 Mac 2016.

Selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid, beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut.

BACA > Jam tangan menteri hampir RM300k, nasihat rakyat perlu bersyukur walaupun gaji kecil – Suara Merdeka

Hakim kemudian membenarkan ikat jamin RM50,000 dan menetapkan tarik sebutan semula pada 16 Oktober di mahkamah yang sama.

Sementara itu Guan Eng menerusi kenyataan dalam Facebooknya tadi menjelaskan tuduhan terhadap isterinya tidak berasas kerana Maginificent Emblem tidak diberikan projek.

Ini kerana menurutnya, projek tersebut telahpun melalui tender semula dan diberikan kepada syarikat lain.

Justeru, Guan Eng menuduh dakwaan yang diterimanya dan isteri adalah permainan politik.

“Betty tidak memiliki barang kemas mahal-mahal, beratus-ratus utas jam tangan mewah, beg tangan berjenama dan puluhan juta wang tunai.

“Sekali lagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menjumpai apa-apa wang rasuah dalam akaun bank kami mahupun dalam bentuk tunai.

“Jadi di manakah unsur rasuahnya,” jelasnya.

Justeru beliau menyatakan akan bertekad untuk berjuang melawan pertuduhan ini dan rasuah.

BACA > Guan Eng, Betty: Tuduhan untuk pecah belahkan keluarga – Suara Merdeka

“Pertuduhan terbaharu ini akan menjadikan kami lebih bertekad. Lagi mereka menekan, lagi kami akan melawan rasuah dan kebatilan.

“Kita semua perlu berani kerana benar serta yakin bahawa kebenaran dan keadilan akan menang jua,” katanya. – SM

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button