[VIDEO] 'Tiada keperluan isytihar harta' – Abdul Hadi

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

MARANG – Pas tidak melihat wujudnya keperluan untuk pemimpin atau calon parti tersebut mengisytiharkan harta masing-masing berikutan kebanyakan mereka tidak mempunyai aset yang banyak.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, masyarakat dan penduduk setempat juga sudah mengenali pemimpin atau calon Pas.

“Harta kita tidak banyak, orang lain sebut juta-juta, kita ratus ribu tidak sampai juta (jadi) tidak payah isytiharlah. Memang ada orang kita jutawan tapi tidak terlibat dengan politik.

“Bukan masa dua minggu nak isytihar harta, patut orang kena tahu sudah bertahun-tahun tentang harta kita.

“Calon kita di tempat masing-masing, masyarakat lebih tahu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila, di sini pada Jumaat.

Bagaimanapun kata Abdul Hadi, Pas tidak menghalang sekiranya ada mana-mana pemimpin daripada parti itu yang mahu mengisytiharkan harta dimiliki mereka.

Ditanya sekiranya pendirian Pas tidak mengisytiharkan harta akan dimanipulasi oleh pihak lawan, penyandang kerusi Parlimen Marang itu berkata, Pas telah berjaya menunjukkan kepimpinan yang bersih di tiga negeri.

“Nampaknya kepada Pas dia (lawan) tidak boleh buat apa kerana tiada salah laku. Kita perintah Kelantan, Terengganu dan Kedah namun tiada orang kita diheret ke mahkamah tapi dalam PH ada, BN ada,” katanya.

Artikel Berkaitan: