fbpx
Now Reading
Covid-19 : WHO Nasihat Sukan Olimpik Tokyo Dibatalkan

Covid-19 : WHO Nasihat Sukan Olimpik Tokyo Dibatalkan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ekoran dari penularan wabak Covid-19 yang telah pun mencatatkan 186 kes di Jepun, temasya Sukan Olimpik yang dijadualkan berlangsung di Tokyo pada 24 Julai sehingga 9 Ogos tahun ini berkemungkinan tinggi untuk dibatalkan.

Satu laporan dari CNBC menyatakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerusi Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan mereka, Dr Mike Ryan telah menasihati Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk membatalkan penganjuran sukan Olimpik Tokyo edisi 2020 demi keselamatan semua

Ucapan itu dikongsikan beberapa hari selepas Presiden IOC, Thomas Bach membuat kenyataan kepada media di Jepun bahawa IOC komited untuk meneruskan Sukan Olimpik seperti yang dirangcangkan

Namun awal minggu ini, Anggota IOC, Dick Pound memaklumkan yang Sukan Olimpik Tokyo berkemungkinan dibatalkan atau ditangguhkan serta cadangan dipindahkan ke lokasi lain sekiranya wabak itu terus menular namun bergantung pada keputusan rasmi yang akan umumkan pada Mei nanti.

Dua hari sebelum ini Perdana Menteri Jepun, Abe Shinzo menyeru agar acara sukan dan kebudayaan negara itu dibatal atau ditangguhkan untuk  tempoh dua minggu .

Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, bagaimanapun pihaknya masih belum menerima sebarang arahan daripada pihak IOC berhubung penangguhan atau pembatalan Olimpik Tokyo. 

“Sehingga kini, kita masih belum menerima sebarang arahan penangguhan atau pembatalan Sukan Olimpik Tokyo 2020, jadi kita tetap akan menghantar atlet negara seperti biasa,” katanya kepada Bernama.

Sebagai rekod Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro tetap diteruskan seperti perancangan asal walaupun wujud kebimbangan dalam kalangan negara bertanding berhubung penularan virus Zika, di negara Amerika Selatan itu.
 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.