fbpx
Now Reading
Ini 5 Cara Mudah Hilangkan Jerawat Di Muka Sebelum Majlis Berlangsung

Ini 5 Cara Mudah Hilangkan Jerawat Di Muka Sebelum Majlis Berlangsung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa yang tidak mahu cantik di majlis perkahwinan mereka bukan? Selain pakaian, aksesori kahwin dan sebagainya, kulit muka juga antara perkara yang dititipkan para pengantin khususnya wanita.

Tipulah kalau kebanyakan mereka tidak berasa panik jika kulit muka mula mengeluarkan bintik-bintik jeragat. Takut jika cuba ditutup dengan mekap nanti akan makin teruk pula jadinya.

Oleh itu, apa kata kalau korang cuba tips yang bakal kami kongsikan ini. Tips ini mampu menghilangkan jerawat dengan hanya menggunakan 6 bahan sahaja yang terdapat dalam rumah kita.

#1 JUS LEMON

Kredit: eMediHealth
  • Perahan air jus lemon ini berbentuk acidic. Jadi ia sangat sesuai untuk membunuh kuman dan mengecutkan jerawat.
  • Caranya mudah sahaja dengan celupkan sedikit jus lemon dan ambil beberapa cotton pads, kemudian tekapkan pada jerawat selama 20 minit dan bilas.
  • Korang akan rasa pedih di kawasan tersebut, jadi tahanlah sedikit ya!
  • Lakukan selama 2-3 kali sehari untuk kesan yang lebih cepat.

#2 BAWANG PUTIH

Kredit: Halodoc
  • Cara mudah untuk menggunakan bahan ini ialah potong bawang putih ini kepada dua dan kemudian tekapkan pada jerawat sehingga jus bawang putih melekat pada jerawat berkenaan.
  • Jus ini mengandungi sulfur yang boleh merawat jerawat dengan cepat.
  • Kalau korang tak suka bau bawang putih ni, tak boleh nak buat apa sebab korang terpaksa tahan sekejap sahaja.

#3 PES SERBUK KUNYIT

Kredit: FMT
  • Selain digunakan sebagai bahan memasak, ia juga boleh digunakan untuk mengecutkan jerawat di muka.
  • Caranya udah sahaja dengan ambil sesudu serbuk kunyit dan titiskan sedikit air, kemudian gaul.
  • Sapu pada jerawat beberapa minit dan ulangi langkah ini sehingga jerawat korang hilang.

#4 UBAT GIGI

Kredit: PankeyGram
  • Kebiasaannya kita guna ubat gigi untuk menyuci gigi kita kan? Tapi yang ini lain sedikit iaitu korang kena sapukan sedikit ubat gigi pada jerawat korang.
  • Biarkan semalaman dan bersihkan keesokkan harinya.

#5 AIS

Kredit: The Splendid Table
  • Selain ia mampu membuatkan solekan jadi tahan lama, ais juga boleh membantu mengecilkan jerawat di muka kita.
  • Caranya mudah sahaja iaitu korang ambil beberapa ketul ais dan sapukan keseluruh muka korang.
  • Ia mampu mengecutkan jerawat di muka kita selain akan menjadikan kulit wajah kita kelihatan lebih cantik.

Haa… Ini antara tips yang boleh membantu korang untuk menghilangkan jerawat di muka kita. Best kan? Jadi, korang boleh gunakan tips ini sebelum majlis korang bermula. Selamat mencuba!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.