fbpx
Now Reading
Aksi Sekumpulan Pemuda Makan Mee Beralaskan Batu Sungai Semasa Berkelah Buat Ramai Tergamam

Aksi Sekumpulan Pemuda Makan Mee Beralaskan Batu Sungai Semasa Berkelah Buat Ramai Tergamam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hampir beberapa bulan terperuk di dalam rumah, ramai kini dilihat mengambil peluang berkelah dan beriadah sambil menikmati keindahan alam semulajadi selepas kerajaan mula memberikan kelonggaran pada golongan yang sudah lengkap vaksin.

Begitu juga dengan sekumpulan pemuda ini yang dilihat beriadah dah mengambil peluang mandi sungai bersama-sama disebuah kawasan air terjun.

Namun aksi kumpulan ini mencuri perhatian ramai apabila mereka dilihat menjamah mee segera yang dihidangkan di atas batu sungai tanpa sebarang alas.

Menerusi video TikTok yang tular di laman Twitter, kumpulan pemuda berkenaan pada mulanya dilihat mencuci batu sungai mengunakan sabun dan berus sebelum membilasnya dengan air dan pasir.

Mungkin ingin makan beramai-ramai ala-ala shellout mereka kemudian dilihat mengelap permukaan batu berkenaan menggunakan kain sebelum menghidangkan seperiuk mee segera ke atasnya tanpa sebarang alas mahupun plastik.

“Leptospirosis has entered the chat”

Aksi mereka nyata mencuri perhatian orang ramai yang berpendapat mereka sebenarnya merisikokan diri untuk dijangkiti peyakit bawaan kuman bakteria jenis leptosipra iaitu kencing tikus.

Ada segelintir yang turut mempersoal memandangkan mereka sudah mempunyai periuk dan kenapa memilih menghidangkan mee berkenaan diatas batu yang belum dapat dipastikan kebersihannya.

Makan sajalah dalam periuk tu

Tak semua tempat boleh bawak perangai asrama

Mengotorkan sungai

Malah ramai mengecam tindakan mereka memandangkan sisa makanan termasuk minyak , dan sabun akan mengotorkan sungai berkenaan.

Ingatkan gotong royong

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.