Akaun crewviral.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Buat Jualan Dalam FB Group Guna Teknik Viral

Anda pernah promosikan iklan di FB Group

Antara sebab kenapa ramai usahawan suka promosikan iklan dalam FB Group adalah:-

  • ramai orang yang berpotensi jadi pelanggan
  • percuma tanpa bayaran (kecuali admin group tetapkan beli ID berbayar)
  • mudah sebab terus boleh post iklan pada bila-bila masa.


Sebenarnya, banyak lagi kelebihan lain jika anda guna FB Group untuk promosikan iklan sekaligus meningkatkan jualan. Antaranya:-


1. Tidak perlu ada 'followers' yang ramai.

Jimat masa dan jimat tenaga. Sekaligus solusi bagi mereka yang tidak ada 'followers' yang ramai.

2. Tidak perlu penuhkan 5000 orang 'friendlist'.

Jimat masa dan tenaga jika nak penuhkan 'friendlist' seramai 5000 orang.

3. Tidak perlu buat FB Live.

Jimat masa dan tenaga. Sesuai bagi mereka yang malu berhadapan dengan kamera.

4. Tidak perlu buat 'personal branding'.

Jimat masa dan tenaga. Sesuai bagi mereka yang tidak suka dikenali dan lebih suka berada di belakang tabir.

5. Tidak perlu tunggu ada Likers FB Page yang banyak.

Jimat masa dan wang ringgit. Tak perlu risau Likers sedikit.

6. Tak perlu guna iklan berbayar (FB Ads).

Jimat masa dan wang ringgit. Sesuai bagi mereka yang tiada ilmu teknikal FB Ads.

7. Tak perlu beli ID Group berbayar.

Jimat wang ringgit. Sertai FB Group iklan/komuniti percuma sudah memadai.

8. Tak perlu guna apa-apa sistem/software.

Jimat wang ringgit. Sesuai bagi mereka yang sibuk tetapi ingin produk lebih cepat dikenali.

9. Tak perlu guna servis viral.

Jimat wang ringgit. Boleh viralkan sendiri iklan guna kaedah yang lebih efisien.

10. Tak perlu buat posting setiap hari.

Jimat masa dan tenaga. Sesuai bagi mereka yang sibuk dan tak sempat nak buat posting setiap hari.

Menarik, bukan? Tidak ramai yang maksimumkan penggunaan FB Group. Sayang jika tidak guna kesempatan ini sementara FB Group masih percuma dan relevan.

 

Ada 3 cara untuk promosikan iklan dalam FB Group.

CARA 1: BINA FB GROUP SENDIRI

Kadang-kadang leceh join group orang, ada syarat itu dan ini.

Kadang-kadang kena beli ID berbayar, baru dibenarkan untuk beriklan.

Ada juga yang admin group tetapkan syarat perlu 'invite' rakan-rakan terlebih dahulu. Betul?

Cara yang pertama adalah buat FB Group anda sendiri.

"Boleh ke buat group sendiri?" Eh, mestilah boleh. 

Buat FB Group adalah percuma.

Tarik orang yang mempunya minat atau 'interest' yang sama berkumpul dalam group anda sekaligus membina hubungan dan kepercayaan.

 

Contoh 1:

Jika anda jual produk kecantikan, anda boleh buat group tips atau tutorial mekap, tips berkaitan kecantikan dan yang berkaitan. Tujuannya adalah untuk mengumpul prospek yang mempunyai minat dalam bidang kecantikan.

Contoh 2:

Jika anda jual penapis air, anda boleh buat group berkaitan dekorasi rumah, dekorasi halaman dan berkaitan. Tujuannya adalah untuk mengumpul prospek yang mempunyai hobi yang sama.

Contoh 3:

Jika anda jual pakaian wanita, anda boleh buat group berkaitan wanita muslimah seperti quote, tips dan ilmu berkaitan wanita seperti ilmu agama dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menarik wanita-wanita yang mungkin bakal menjadi pelanggan anda suatu hari nanti.

Contoh 4:

Jika anda jual produk berkaitan kanak-kanak, anda boleh buat group berkenaan ilmu 'parenting' atau keibubapaan. Tujuannya adalah menarik mereka yang bergelar ibu bapa masuk ke dalam group anda.

Contoh 5: 

Jika anda jual makanan, buat group berkenaan resepi masakan. Tujuannya menarik mereka yang minat memasak dan suka makan.

Dapat idea?

Tetapi, anda perlu tahu bagaimana nak menjual dalam FB Group anda sendiri.

CARA 2: POST IKLAN SECARA TERUS DALAM FB GROUP

Cara ini dah ramai yang guna. Masuk dalam group, kemudian post iklan.

Biasanya cara ini selalu digunakan oleh ejen/dropship. Leader akan berikan iklan, kemudian ejen/dropship akan 'copy paste' iklan tersebut ke group-group FB. Anda juga guna teknik yang sama?

Kami mempunyai group iklan yang mempunyai members seramai 300,000+ orang. Anda boleh promosikan iklan secara percuma dalam FB Group VIRAL IKLAN TANPA KOS.

Setiap hari ada ribuan orang yang post iklan.

Sebagai admin group iklan, mungkin anda tidak pernah tahu mengenai perkara ini.

Antara kelemahan bila anda post iklan secara terus dalam group adalah:

Contoh 1:

Iklan anda kena 'sorok' oleh Facebook. Bayangkan anda post iklan beribu kali dalam FB Group tapi tiada seorang pun yang nampak. Rugi, kan.



Contoh 2:

Anda salah pilih FB Group untuk beriklan. Tanpa sedar, iklan anda tersekat dan langsung tidak dilihat oleh sesiapa.



Contoh 3:

Iklan anda kena 'remove'. Bukan admin group yang buang iklan anda tetapi Facebook. Tak boleh post iklan sesuka hati.



Jika anda seorang ejen/dropship, anda perlu tahu bagaimana nak pastikan ramai orang nampak iklan anda dalam FB Group tersebut.

CARA 3: SHARE IKLAN DARI FB PAGE KE FB GROUP

Cara ketiga ini dinamakan TEKNIK VIRAL  iaitu tekan butang Share yang berada di bawah iklan dan kongsi ke FB Group.

Cara ini juga ramai dah guna tetapi lebih kepada fokus kuantiti Share sahaja, bukan kualiti. Jadi, hasilnya tidak dapat seperti yang diharapkan dan dihukum 'block' oleh Facebook.

Pada tahun 2015, kami merupakan pengasas pertama servis viral di Malaysia iaitu memberi perkhidmatan bantu Share iklan usahawan online dari FB Page ke FB Group.

Pada tahun 2018, kami sudah dedahkan TEKNIK VIRAL  ini di mana anda boleh viralkan sendiri iklan tanpa perlu keluarkan kos marketing.

  • Tanpa guna iklan berbayar (FB Ads).
  • Tanpa guna apa-apa software.
  • Tanpa guna servis viral.

Jimat masa, jimat tenaga dan jimat wang ringgit. Lihat contoh hasil iklan di bawah:












Jadi, anda guna CARA 1CARA 2 atau CARA 3?

Nak guna ketiga-tiga teknik atau cara ini pun tiada masalah sebab ada banyak kelebihan jika anda guna FB Group sebagai platform marketing untuk promosikan produk anda. Antaranya:

 

Kelebihan 1:

Ada orang sudah biasa guna FB Ads, tetapi ingin cari cara yang lebih berbaloi.

Ada orang tak pandai guna Fb Ads, tetapi ingin cara yang lebih efektif.

Ada orang tiada modal untuk guna FB Ads, tetapi ingin cara yang lebih jimat.

Contoh, gambar di bawah.

Sekarang, beliau fokus 100% teknik viral 'zero cost marketing' dengan hanya viralkan iklan di FB Group.


Kelebihan 2:

Beliau Share iklan ke group-group FB tanpa perlu keluarkan sesen pun.

  • Tiada isu iklan kena sekat.
  • Tiada isu iklan kena padam.
  • Tiada isu iklan kena 'block'.

Dan jimat wang ringgit.

Jika anda seorang founder, bayangkan 100 orang dropship anda dapat hasil seperti gambar di bawah.


Kelebihan 3:

Share sendiri post iklan ke group-group FB tanpa kena 'block' dan tidak guna apa-apa sistem atau software '3rd party''.

Kelebihan viralkan iklan sendiri, anda tahu ke mana iklan anda di Share atau dipromosikan.

Ada kes di mana, beliau upah orang Share iklan ke group-group FB tetapi bila di semak iklan beliau semua telah disekat kerana pemilihan FB Group yang salah.

Siapa yang rugi?


Kelebihan 4:

Selagi produk atau servis anda mampu menyelesaikan masalah orang, bukan isu besar jika anda tidak popular atau tidak ada ramai 'followers'.

  • Bukan semua orang suka menonjolkan diri.
  • Bukan semua orang ada masa untuk buat posting setiap hari.
  • Bukan semua orang boleh beri komitmen nak jaga 'engagement' setiap hari.

Terus fokus kepada jual produk dan jenama tanpa perlu dikenali.


Kelebihan 5:

Ada orang kata perlu penuhkan 'friendlist' sehingga 5000 orang.

Bukan tak boleh tetapi nak penuhkan 'friendlist' seramai 5000 orang baru nak menjual, akan mengambil masa yang lama.

Terus fokus viralkan iklan.

Viralkan iklan dan buat ratusan ribu malah jutaan orang nampak iklan anda dalam masa yang lebih cepat dan singkat. Jumlah 'friendlist' atau 'followers' anda tidak memberi pengaruh jika guna TEKNIK VIRAL ini.



Kelebihan 6:

Jangan buang masa cari 'likers' atau 'followers'.

  • Nak kumpul 'Followers', ambil masa.
  • Nak cari 'Likers', juga ambil masa.

Cara paling cepat untuk tambah 'followers' berkualiti adalah buat orang nampak iklan anda hingga jutaan orang adalah dengan viral iklan di FB Group.

Langkah pertama, buat orang nampak iklan anda terlebih dahulu. Kemudian, barulah tarik 'Likers' atau 'Followers' yang berkualiti.



Kelebihan 7:

Ada orang segan dan malu nak buat FB Live.

Ada orang tidak berkesempatan nak buat FB Live kerana kekangan masa.

Ada orang buat FB Live tapi 'krik krik', tiada orang yang tengok.

Nak viral iklan, tak perlu buat FB Live. Guna ayat iklan + gambar/video sahaja sudah memadai.

Contoh gambar di bawah, beliau guna posting berbentuk ayat iklan + gambar/video sahaja. Solusi yang tepat untuk mereka yang tiada kekuatan beraksi di depan kamera.



Kelebihan 8:

Siapa jenis malas nak buat posting setiap hari? Kadang-kadang bukan malas tetapi tidak sempat.

Mana nak buat tugas hakiki lagi, melayan anak lagi, anak nak PDPR lagi, melayan pelanggan lagi dan lain-lain.

Beliau cuma guna post yang sama selama berbulan-bulan untuk tarik prospek dan 'followers' sekaligus prospek yang berkualiti.

Jimat masa dari asyik mencari idea nak buat posting.


Kelebihan 9:

Sertai FB Group iklan/komuniti percuma sudah memadai untuk viralkan iklan.

Promosi iklan anda ke group-group tersebut dan tidak mustahil dapat hasil seperti gambar di bawah.



Kelebihan 10:

Ada orang tanya, kalau nak viral iklan kena buat ayat panjang-panjang ke? Jawapan, TIDAK PERLU.

Bukan semua orang ada kelebihan untuk buat konten ayat panjang berjela-jela. Apatah lagi nak cari idea dan membuat ayat.

Beliau cuma guna 3 baris ayat sahaja untuk promosikan produk yang dijual (rujuk gambar).



Kelebihan 11:

Sudah berapa lama anda berniaga di Facebook? Sudah berapa ramai yang nampak iklan anda selama ini? Ada orang dah berniaga bertahun-tahun tapi tak tahu pun berapa ramai yang nampak iklan beliau. Rugi, kan.

Jika anda faham konsep TEKNIK VIRAL ini, anda boleh lihat hasilnya dalam tempoh seawal 24 jamKalau boleh nampak hasil esok, kenapa perlu tunggu berminggu-minggu atau berbulan-bulan?


Kelebihan 12:

Apa sahaja cabang atau niche bisnes, sesuai guna TEKNIK VIRAL ini.

Apatah lagi jika anda ejen atau dropship yang kurang modal untuk guna iklan berbayar sebab ianya 100% 'zero cost marketing'.

Kecuali produk yang melanggar undang-undang, dadah, 'money game', senjata api, jual anggota badan, pelacuran dan yang berkaitan.


 

Kelebihan 13:

Ada orang buat contest sebab nak tambah 'followers'.

Ada juga yang buat contest tetapi tidak ramai yang sertai dan akhirnya tidak berbaloi dengan kos atau modal hadiah yang dikeluarkan.

Cari 'Likers' atau 'followers' yang berkualiti, bukan Like/Follow sebab contest dan nak menang hadiah.


Kelebihan 14:

Anda boleh viral iklan + tambah 'followers' + sales secara serentak.

Viralkan dahulu iklan, tarik 'Likers' atau 'followers' yang berminat dengan post dan secara tidak langsung dapat tarik prospek untuk jualan secara serentak.

Konsep ini yang ramai usahawan online tidak faham di mana, mereka cari 'Likers/Followers' dahulu, baru buat jualan. Rugi masa dan tenaga.



Kelebihan 15:

  • Tak beli ID FB Group berbayar.
  • Tak guna FB Ads.
  • Tak guna servis viral untuk Share iklan ke group-group.
  • Tak guna apa-apa sistem/software.
  • Kos marketing = RM0


 


 

Lihat apa kata mereka!





Nak belajar viralkan iklan dalam FB Group dengan betul?

Supaya anda tak buang masa promosi iklan yang salah.

Supaya anda tak buang tenaga promosi iklan pagi petang siang malam tetapi tiada orang nampak.

Supaya anda lebih cepat dapat jualan apabila viralkan iklan dengan betul.


  • Tempat: FB Group
  • Tempoh: Tiada had masa ditetapkan. Boleh baca dan rujuk pada bila-bila masa. Boleh bertanya kepada kami secara personal di whatsapp jika ada masalah berkaitan.


Antara nota yang kami sediakan:

1. Cara cari lubuk prospek di Facebook supaya lebih mudah viralkan iklan.
2. Cara yang betul viralkan iklan di FB Group.
3. Cara cari dan pilih FB Group iklan percuma/tanpa ID.
4. Cara viralkan iklan di Facebook tanpa keluarkan sesen pun.
5. Cara cepat viralkan iklan dalam tempoh 24 jam.
6. Cara jimat dapat banyak Like dan Komen daripada 'targetted' prospek tanpa kos marketing.
7. Cara viralkan iklan khas untuk ejen/dropship.
8. Cara cepat viralkan iklan untuk mereka yang tiada 'followers'.
9. Cara mudah viralkan iklan untuk mereka yang tidak sempat buat posting setiap hari.
10. Cara jimat viralkan iklan + sales + tambah 'followers' secara serentak.
11. Cara mudah viralkan iklan di FB Group untuk dapatkan jualan.
12. Cara berkesan viralkan iklan untuk mereka yang malu/segan buat FB Live.
13. Cara promo iklan ke 1000 FB Group tanpa guna apa-apa software.
14. Cara viralkan iklan di FB Group guna teknik rahsia servis viral.
15. Cara sebenar elak FB kena 'block' bila Share/viralkan iklan ke group-group.
16. Cara kenalpasti iklan anda berbaloi untuk diviralkan atau tidak.
17. Cara cepat dapat iklan viral yang berkesan.
18. Cara buat matlamat dan target jualan supaya ada objektif viral iklan yang jelas.
19. Cara dan persediaan penting sebelum viralkan iklan di FB Group.

20. Cara mudah buat ayat iklan untuk diviralkan.



Anda sesuai sertai Kelas Online TEKNIK VIRAL IKLAN FB ini, jika:

1. Nak jimat kos marketing.
Ada orang guna iklan berbayar. Ada orang upah team servis viral. Kedua-duanya mengeluarkan kos marketing. Jika ada solusi viralkan iklan tanpa perlu keluarkan kos, mengapa tidak untuk cuba. Betul?

2. Nak hasil yang cepat.
Salah satu kelebihan TEKNIK VIRAL ini anda boleh lihat hasil iklan anda  seawal 24 jam. Jadi, lagi cepat anda boleh dapat hasil yang bagus.


3. Nak cara yang lebih mudah dalam promosikan iklan.
Mudah maksudnya tidak perlu penuhkan 5000 orang 'friendlist', tidak perlu kumpul 'followers' terlebih dahulu dan tidak perlu buat banyak posting setiap hari. Jika anda belajar TEKNIK VIRAL hari ini, esok buat 1 posting sahaja dan anda boleh terus pratikkan.


4. Selalu promosi iklan dalam FB Group tetapi iklan banyak 'pending' atau kena sekat.
Benar. Dalam FB Group ramai bakal prospek tetapi tanpa ilmu, iklan anda tidak akan dilihat sesiapa. Bayangkan berapa banyak masa dan tenaga yang anda bazirkan apabila iklan anda disekat selama ini.


5. Anda seorang founder atau leader yang nak bantu team buat jualan dengan lebih efektif.
Ejen/dropship nak sales cepat tapi nak cara cepat, mudah dan 'zero cost'. TEKNIK VIRAL adalah salah satu teknik marketing yang anda boleh cuba.


6. Tidak suka menonjolkan diri di media sosial.
Tak guna FB Live dan tanpa 'personal branding' masih boleh viralkan iklan jika tahu caranya. Terus fokus pembinaan jenama dan sebarkan manfaat produk.


7. Ejen/dropship yang tidak pernah diajar oleh Founder/Leader cara promosikan iklan yang betul dalam FB Group.
Ada dropship hanya 'copy paste' iklan yang diberikan leader ke dalam group-group. Hasilnya, iklan tersebut kena 'sorok', tiada orang yang nampak. Itu belum termasuk kena 'block'. Jadi, kelas online ini solusi untuk ejen/dropship belajar viralkan iklan di Facebook dengan betul.


8. Seller yang tiada 'Likers' atau 'Followers' di FB.
Jangan risau. TEKNIK VIRAL ini tidak memerlukan anda ada 'Likers' atau 'Followers' yang ramai. Tiada pun, tiada masalah. Masih boleh viralkan iklan di Facebook tanpa 'Liker' atau 'Followers'.


9. Founder/leader yang tiada ilmu TEKNIK VIRAL ini.
Tanggungjawab founder/leader untuk memastikan team (ejen/dropship) buat jualan guna kaedah yang efektif dan cepat.


10. Team marketing yang perlukan solusi untuk bimbing dropship/ejen kelolaan mereka.
Salah satu ilmu 'zero cost marketing' yang sangat sesuai dan relevan untuk anda pratikkan kepada team jualan anda.


Kelas online ni buat di mana?

Nota diberikan di FB Group khas yang disediakan.


❓ Berapa yuran untuk sertai kelas online TEKNIK VIRAL IKLAN FB  ini?

Yuran belajar adalah RM150 tetapi jika anda mendaftar hari ini, yuran cuma RM90 seumur hidup. Tiada had masa untuk belajar dan bertanya asalkan anda buat sampai jadi.


❓ Bayaran ini sekali bayar sahaja ke?

Ya, sekali bayar sahaja untuk nota-nota yang diberikan di atas. Tiada kelas 'upsell'.


❓ Kalau tak faham atau kurang jelas, boleh ke saya bertanya?

Boleh terus hubungi dengan kami di whatsapp dan bertanya secara personal.


❓ Saya dalam bidang insurans, sesuai ke guna teknik ini?

Apa sahaja bisnes (produk/servis) sesuai guna teknik ini asalkan bukan bisnes berkaitan jenayah dan langgar undang-undang.              


❓ Saya dropship jer, boleh ke join?

Boleh, apa sahaja posisi anda tidak kiralah founder, stokis, ejen mahupun drosphip boleh sertai kelas ini.


❓ Berapa lama boleh nampak hasil?

Anda boleh nampak hasil sama ada iklan yang anda buat berkesan atau tidak seawal 24 jam. Jika anda belajar hari ini, pastikan esok terus buat.


❓ Jika saya buat pembayaran hari ini, bila saya akan dapat nota-nota berkenaan?

Anda akan dapat dalam tempoh 24 jam selepas pengesahan bayaran dibuat.




Jika anda mendaftar hari ini, ada 10 bonus bernilai RM390 menanti!


BONUS 1

  • 500 senarai FB Group iklan/komuniti seluruh Malaysia.

BONUS 2

  • 100 tips viral & 'engagement'.

BONUS 3

  • Panduan mudah buat ayat iklan viral.

BONUS 4

  • Ebook 100 pantang larang dalam ayat iklan.

BONUS 5

  • Ebook Cara kuasai Teknik Viral Iklan FB.

BONUS 6

  • Ebook 5 langkah mudah viral iklan di FB.

BONUS 7

  • Ebook Cara viral iklan + tambah 'followers' + sales secara serentak beserta contoh ayat.

BONUS 8

  • Ebook Tips teknik viral berdasarkan 10 contoh usahawan yang telah berjaya viralkan produk mereka di FB.

BONUS 9

  • Ebook Tugasan 30 hari iklan viral.

BONUS 10

  • Contoh-contoh iklan bermasalah di FB Group.


Masih belum terlambat untuk 'upgrade' ilmu dan aplikasikan dalam teknik marketing anda. Ingat, platform FB Group adalah PERCUMA! Gunakan ilmu yang bakal anda belajar ini untuk dapatkan hasil yang maksimum. Rebut peluang ini sementara masih dibuka.


Untuk mendaftar, sila isikan maklumat di bawah dengan betulBelajar malam ini, esok terus dan buat! Jom!!