Tiga sekeluarga nyaris maut Lamborghini terbakar

Anggota bomba dari BBP Maran membantu memadam kebakaran melibatkan kereta mewah jenis Lamborghini di Kilometer 178.1, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah timur pada petang Selasa. Foto Bomba
Gambar kecil: Keadaan kereta mewah jenis Lamborghini yang musnah sepenuhnya selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 178.1, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah timur pada petang Selasa. - Foto Bomba
Anggota bomba dari BBP Maran membantu memadam kebakaran melibatkan kereta mewah jenis Lamborghini di Kilometer 178.1, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah timur pada petang Selasa. Foto Bomba Gambar kecil: Keadaan kereta mewah jenis Lamborghini yang musnah sepenuhnya selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 178.1, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah timur pada petang Selasa. - Foto Bomba
A
A
A

MARAN - Sebuah kenderaan mewah berprestasi tinggi jenis Lamborghini dinaiki tiga sekeluarga musnah dalam kebakaran selepas terbabit kemalangan di Kilometer 178.1, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah timur, di sini pada petang Selasa.

Dalam kemalangan yang dilaporkan jam 6.16 petang itu, pemandu berusia 28 tahun, isteri dan seorang anak mereka sempat menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran, Samsul Effendi Sulaiman berkata, kenderaan mewah tersebut dipercayai dalam perjalanan menuju ke Terengganu.

Menurutnya, kenderaan tersebut dipercayai terbabas ketika tiba di lokasi kejadian sebelum terbakar.

"Susulan daripada maklumat diterima, sembilan anggota dari BBP Maran bersama jentera dan ambulan EMRS ke lokasi untuk operasi menyelamat.

"Anggota yang tiba segera memadam kebakaran namun kenderaan berjenama dari Itali itu musnah sepenuhnya," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Artikel Berkaitan: