“Kami Hanya Kawan Biasa” – Aniq Suhair Tampil Jelaskan Status Dia Dengan Cik B

Sebelum ini, kisah Cik B dan Aniq Suhair pernah menjadi perhatian ramai kerana dikatakan mereka seakan menjalinkan hubungan cinta selepas berkongsi beberapa foto berserta kapsyen yang sweet itu di media sosial.

Dek kerana perkongsian tersebut menyebabkan ramai yang mula tertanya-tanya akan status mereka berdua sebenarnya. Namun, anak kepada usahawan kosmetik terkenal iaitu Cik B dan bintang Hero Remaja ini hanyalah sekadar mahu mempromosikan drama yang berjudul, Lelaki Lingkungan Cinta.

Kredit: Instagram/ @aniqshr

“Kami berdua hanya bercinta dalam cerita itu sahaja, dekat luar kami hanya kawan biasa, saya memang tiada niat langsung untuk bercinta dengan Cik B.

“Seperti yang ramai tahu, Cik B pun masih bawah umur, dia baru 15 tahun dan masih belajar, saya pun masih belajar sedang buat ijazah, tambahan lagi, saya masih baru dalam industri, buat masa ini saya memang belum bersedia untuk bercinta.

“Saya masih muda, banyak lagi perkara penting yang saya harus fikir, sekarang, saya letakkan komitmen pada kerjaya dan pelajaran,” jelasnya.

Kredit: Instagram/ @aniqshr

Tambahan pula, Aniq yang menyangkal dakwaan segelintir netizen yang dikatakan mahu mengaitkan dirinya dengan gosip Alving Chong bercinta dengan gadis bawah umur. Bintang Hero Remaja ini juga turut mengharapkan agar orang ramai memahami perkara sebenar.

“Jika ada yang mengaitkan saya seperti isu Alvin Ching sebelum ini, saya harap mereka periksa balik perkara sebenar dan tonton drama lakonan saya bersama Cik B ini.

“Apa pun yang kami kongsi di media sosial, itu semua bertujuan untuk bergurau dan mengajak orang untuk sama-sama menyaksikan drama ini sahaja,” katanya lagi.

Menerusi drama, Lelaki Lingkungan Cinta ini memaparkan Aniq yang membawa watak sebagai Arep yang menyimpan perasaan terhadap watak yang dilakonkan oleh Cik B, Maria.

Kredit: Instagram/ @aniqshr

Haa… mesti rating drama ni naik sebab cara mereka berdua buat promosi bikin cemburu je. Tahniah Cik B dan Aniq Suhair sebab buat ramai yang tak keruan jadinya lepas tengok gelagat korang berdua dalam drama ni.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

19 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago