fbpx
Now Reading
Rezeki Terjejas Akibat Covid-19, Kisah Makcik Hello Kitty Undang Sebak Netizen

Rezeki Terjejas Akibat Covid-19, Kisah Makcik Hello Kitty Undang Sebak Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setahun yang lalu, kisah ‘Makcik Hello Kitty’ pernah hangat diperkatakan selepas viral gambarnya di media sosial.

Siti Endon Ismail, seorang warga emas yang mengambil upah memakai kostum Hello Kitty dan beberapa karakter lagi di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan bagaimanapun kini menghadapi masalah kewasan susulan dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam memutuskan rantaian wavak Covid-19

Kisah terbaru Endon ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Saranikka menerusi laman Twitter miliknya

“Ini cerita Doraemon yang lagi penting! Kalau ada lebih, please tolong mak cik ni.

“Dia berumur 57 tahun dan mencari duit dengan memakai kostum Helly Kitty/Doraemon untuk menceriakan kanak-kanak. Sebab COVID-19, tak ada income (gaji). Dia hidup bersendirian bersama kucingnya” tulis Saranikka di Twitter

Bersama tweet tersebut, gadis itu turut berkongsi pautan artikel yang dilapokan oleh portal berita, NST.

Foto : NST

Perkongsian tersebut menyebabkan ramai netizen bersimpati tidak kurang juga yang mendoakan agar semuanya kembali pulih seperti sediakala. Tidak kurang juga yang bertindak menghulurkan bantuan dengan memberi sumbangan berbentuk wang ke akaun miliknya.

Buat anda yang ingin menghulurkan bantuan kepada mak cik ini bolehlah disalurkan ke akaun CIMB miliknya Siti Endon Ismail bernombor 7612146453.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.