fbpx
Now Reading
Entiti Muncul Di Set Penggambaran Bikin Bulu Roma Shahidan Izwan Meremang

Entiti Muncul Di Set Penggambaran Bikin Bulu Roma Shahidan Izwan Meremang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Artikel oleh Deegun Rahman

Pendatang baharu dunia lakonan, Shahidan Izwan, tidak menduga dia akan mengalami situasi menyeramkan di set penggambaran ketika menjayakan telefilem arahan Osman Ali iaitu Tersimpang Ke Alam Bunian.

Mesra disapa dengan nama Iwang, berkongsi pengalaman, dia menempuhi detik yang membuatkan bulu romanya meremang sewaktu melakonkan babak di sebuah tanah perkuburan pada waktu malam.

Kelihatan seolah bayangan kepada watak roh Emma

“Babak itu membabitkan watak Lan lakonan saya dan watak roh Emma yang menyarung kostum putih, digalas oleh Hana Ameera.

“Pada masa sama, ada kru yang ditugaskan mengambil gambar kami. Setelah meneliti foto yang diambil, ternampak sesuatu yang pelik apabila turut kelihatan satu entiti seolah-olah bayangan kepada watak roh Emma,” jelas Iwang menceritakan momen seram itu.

Tambah Iwang, foto tersebut sekali gus menyebabkan semua kru Nuansa Film terdiam dan set penggambaran menjadi sunyi sepi buat seketika.

Di samping itu, Iwang akui berasa amat bangga apabila dipilih menjadi antara teraju utama drama berkenaan yang disiarkan di saluran Astro Citra baru-baru ini.

“Saya terkejut apabila diberi peluang mendukung peranan penting, apatah lagi digandingkan dengan dua pelakon berkaliber iaitu Farid Kamil dan Amerul Affendi.

“Ibaratnya, berganda-ganda pengalaman manis saya perolehi sepanjang berlakon dalam drama ini,” ujar penyandang gelaran Mister Talented yang dimenangi dalam pertandingan pencarian bakat Mister Planet Nation Malaysia 2019 (MPM 2019) pada tahun lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.