[VIDEO] Jabatan Penjara Malaysia nafi Najib ditempatkan di rumah

Jabatan Penjara Malaysia menafikan khabar angin menyatakan Najib ditempatkan di sebuah rumah dalam kawasan penjara.
Jabatan Penjara Malaysia menafikan khabar angin menyatakan Najib ditempatkan di sebuah rumah dalam kawasan penjara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditempatkan di sebuah rumah dalam kawasan penjara.

Jabatan tersebut menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan bahawa khabar angin tersebut palsu dan tidak sahih.

"Maklumat tidak sahih. Hentikan penyebarannya," katanya pada Rabu.

Pada Selasa, tular satu tangkap layar dipercayai kiriman WhatsApp yang kemudiannya dimuat naik di Facebook menyatakan bekas Perdana Menteri itu ditempatkan di sebuah rumah.

"Sahabat sepupu yang merupakan pegawai kanan Jabatan Penjara memaklumkan bahawa Najib tidak berada dalam sel sebaliknya berada di sebuah rumah di dalam kawasan penjara.

"Rumah ini merupakan rumah untuk pegawai kanan penjara," dakwa khabar angin tersebut.

Artikel Berkaitan: