seismik

“Cerdik” - Budak Perempuan Fasih Cakap Bahasa Inggeris Ini Jadi Tumpuan Ramai

Laju betul dia speaking.

Cover image via @miemok_gemok (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Semasa usia anak-anak masih kecil, itulah waktu paling ideal untuk mereka belajar

Lebih-lebih lagi, jika ibu bapa inginkan anak mereka untuk fasih bercakap bukan sahaja dalam bahasa ibunda tetapi bahasa lain juga.

Tular satu video di TikTok, di mana seorang budak perempuan fasih bercakap dalam bahasa Inggeris telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Petah bercakap dalam bahasa Inggeris, siap ada accent lagi

Menerusi video yang dikongsikan oleh @miemok_gemok di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan dua budak kecil sedang berada di dalam kereta.

Apa yang mencuri perhatian netizen adalah apabila si pemilik video yang juga merupakan ibu kepada kedua-dua budak kecil itu bertanyakan satu soalan, lalu anak perempuannya laju menjawab dalam bahasa Inggeris yang sangat lancar.

“Abang dulu cuma tahu yes no, yes no je dik. Hmm” - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video yang dikongsikan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.6M tontonan, 118.8K tanda suka dan 1,483 komen di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Wah, fasih betul dia bercakap dalam bahasa Inggeris ya. Admin pula rasa insecure :')

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: