seismik

"Gelak Pun Sama" - Digelar Kembar Jep Sepahtu, Pemuda Ini Teruja Jumpa Idola Ramai

Sekali pandang memang sama guys.

Cover image via @ayiematpiah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa saja yang tidak mengenali pelawak dan penyampai radio terkenal, Jep Sepahtu bukan?

Bakat semula jadinya yang pandai menghibur dan mencuit hati ramai telah membuatkan peminat sentiasa menantikan rancangan Sepahtu Reunion Live di kaca televisyen.

Baru-baru ini, tular pula seorang pemuda di laman TikTok yang dikatakan seiras dengan Jep Sepahtu akhirnya berjumpa dengannya telah menarik perhatian warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ayiematpiah

saya hadir utk semua

bunyi asal - Bro.A

Bukan muka saja seiras, cara gelak pun lebih kurang sama

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ayiematpiah, kelihatan dia sedang berada di sebuah lokasi di mana para peminat sedang bergambar bersama Jep Sepahtu.

Tidak ketinggalan, dia juga sempat mengambil gambar bersama atas permintaan para pengikut di media sosialnya.

"Yang mana nak tengok saya dengan Jep tu, seganlah nak cakap dengan dia. Saya tunjuk macam tu jelah eh, cukuplah eh," katanya.

"Alhamdulillah, impian netijen dah tercapai. Kiranya lepas ni tidur malam, mata kami tak tidur sambil terbuka" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 682.8K views, 50.6K likes dan 970 comments di TikTok, rata-rata warganet tidak menafikan bahawa muka mereka memang seiras.

Malah, cara ketawa pemuda itu turut dikatakan sama seperti Jep Sepahtu. Ada yang sempat berseloroh mengatakan adakah mereka adik beradik yang terpisah.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Agak-agaknya apa reaksi Jep bila tengok 'kembar' dia depan mata ya? :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: