image

Bill Jugah (Aktivis Hak Asasi) di Sibu, Sarawak

Portal yang dikendalikan oleh Bill Jugah untuk memudahkan orang ramai menyampaikan isu-isu semasa yang dihadapi seperti Masalah IC, Masalah Bersekolah, Isu Tanah dan lain-lain, tanpa perlu mengeluarkan belanja kos pengangkutan, penginapan dan makan minum sekadar sebab mahu berjumpa dengan saya.   Jam saya beroperasi : 9pagi-12tghari (Isnin-Jumaat) . Apa-apa panggilan atau pesanan di luar jam operasi saya akan hanya dilihat dan dibaca pada hari bertugas berikutnya. Sila maklum.  Saya tiada bergaji dan tidak mendapat dana daripada kerajaan atau parti politik dalam menjalankan tugas aktivis saya ini.  Tugas saya tertumpu kepada:  -menegakkan hak asasi manusia tanpa memilih agama atau bangsa.  -menangani isu kewarganegaraan, isu tanah dan isu komuniti setempat.    📍Pejabat saya di Sg. Merah, Sibu, Sarawak. Sila tekan 🌎Open Map untuk lokasi.    🥇Tiada caj bayaran kalau masalah IC/Surat Beranak📜, Isu Agama.     What we do echoes through eternity.  An ounce of effort is better than a pound of talk.

Description:

CEO of ICON LEGEND SDN BHD (1528616-M)  Founder of Independent Council Of Natives  Chairman of Sarawak Dayak Iban Association Rajang

(R1) ⛑️KLIK DI SINI. BORANG ONLINE untuk Masalah IC/Surat Beranak (tiada caj, tiada bayaran) :

Saya tidak mengenakan caj atau bayaran. Tapi tolong ikuti arahan saya di bawah ini. ISI PERKARA 9 dengan cerita sepenuhnya dan sepanjang mungkin. 1. Klik tajuk atau gambar. 2. Isi dan jawab. 3. Tekan ADD (bawah sekali). 4. Tekan gambar trolley (Shopping cart). 5.Tekan WhatsApp Order.

(R2)📍📌KLIK DI SINI. Borang Online untuk Isu Tanah

Saya tidak mengenakan caj atau bayaran. Tapi kalau mahu pinjam mesin GPS, tolong jangan hilangkan. 😩

(R2)📍📌KLIK DI SINI. Borang Online untuk Isu Tanah

(R3) Mulakan kes anda di sini. Tiada bayaran.

1. Download (B2) Borang Suhakam. 2. Isi borang tadi. 3. Ceritakan dengan penuh bersertakan tahun, tempat kejadian atau peristiwa. 4. Borang yang sudah diisi dihantar ke saya. 5. Sertakan apa saja gambar dokumen atau surat yang ada di tangan.

R4. Masalah Lain

PENYALURAN DERMA

Downloads/Borang

Link lain-lain hal

(Z1) PENGIJAZAHAN KEKAL PENGAKTIFAN CHAKRA

Tidak sengaja throwback dari FB posting aku 5 tahun dulu, mendapat permintaan semula. Ilmu dan kewibawaan yang aku mula dalami dari tahun 2005 akan aku perturunkan sepenuhnya kepada meteka yang aku sudah selesai scan keberadaan dan keserasian calon. Pantang larang: Tiada Mahar pekeras: umur calon dikali 3. Cth, Selikau bayar mahar RM75 kerana umurnya 25tahun. Barang keperluan: Kain tajung utk mandi keramas, garam kasar/batu, minyak wangi berasas bunga tanpa alkohol. Tempoh proses: 30minit. Lebih baik hadir tubuh daripada jarak jauh walaupun pengijazahan boleh dari jarak jauh. Ini bukan ilmu kebal tapi lebih kepada pengelias, pemantul dan perisai diri. Kenapa bukan kebal? Banyak ujian datang, malah bertambah tebal ego kalau sudah mulai menguji atau demo kpd orang. Ikutlah resam padi, makin berisi makin tunduk dan menjaga tertib. Antara testimony: -Lawan terpental dengan tepisan (seorang saudara part time bouncer) -Tidak terluka dalam kemalangan kereta, engine sampai ke dada (sendiri) -gelas mengandungi racun pecah di tangan (anak murid) -mampu menaip semula walaupun ada Parkinson disease (anak murid Switzerland) -tidak terluka kena chainsaw di paha, seluar jeans koyak (anak murid di Marudi) -penyerang berparang jatuh terjelepuk semasa serang hendap (anak murid polis) -memula perniagaan terapi massage dikenali ramai (anak murid Wisconsin, US) -merawat kerasukan (anak murid Kuching)