Request edit access
Suara Rakyat, Manifesto Rakyat - Borang Penyerahan Input Manifesto Rakyat
Suara Rakyat,  Manifesto Rakyat - Kami mahukan input anda!

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dan Platform Pertubuhan Masyarakat Madani untuk Perubahan (CSO Platform) memohon input dan penyerahan masyarakat awam untuk Manifesto Rakyat di bawah 27 tema polisi.

Ini adalah projek kolaboratif yang sangat penting dan bermakna untuk tahun ini di mana ramai mempercayai bahawa kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan.

Manifesto ini bertujuan untuk mengumpul dan mewakili pelbagai suara dari rakyat Malaysia yang berhajatkan kepada persamaan substantif serta menuju kepada sebuah negara yang harmoni dan progresif. Pada masa yang sama, Manifesto ini adalah ringkas dan tepat, dengan tuntutan yang jelas dari rakyat untuk membimbing pemerintah yang terpilih secara demokratik bagi memenuhi tanggungjawab sosial mereka untuk memelihara semua lapisan masyarakat di negara ini, supaya tidak ada yang ketinggalan.

Manifesto Rakyat, menurut GBM dan CSO Platform, akan mengambil pendekatan dari bawah keatas, inklusif,  gerakan pembinaan gabungan yang meluas dan menyeluruh di mana peserta, yang berkongsi aspirasi dan nilai yang sama, dapat merasai pemilikan Manifesto tersebut. Ia juga akan memberi ruang kepada suara golongan yang terdedah kepada penganiayaan, yang tidak mempunyai kuasa dan yang terpinggir untuk diwakili dan di pantulkan.  Manifesto ini akan dipersembahkan dengan suara dan identiti sebenar mereka dan bukan sekadar brosur jualan parti politik hasil tulisan penulis yang tidak di kenali hanya sanya untuk meraih undi.

GBM dan CSO Platform menggalakkan orang awam untuk mengambil bahagian bukan hanya dalam penyerahan cadangan tetapi juga mengambil minat dalam proses tinjauan dan maklum balas. Peserta akan dijemput ke sesi mesyuarat bersama pada bulan Sep 2021 di mana setiap cadangan dasar akan dibincangkan dan diputuskan secara kolektif untuk penggubalan Manifesto. Oleh yang demikian, cara rumusan Manifesto akan mempamirkan nilai murni  demokrasi partisipatif di mana proses musyawarah diutamakan.

Projek Manifesto juga bertujuan untuk memperkasakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), kumpulan awam dan individu yang ingin menggunakan Manifesto sebagai platform gerakan untuk mendapatkan sokongan atau pengiktirafan daripada masyarakat umum dan parti politik. Oleh itu, Manifesto Rakyat bukan sekadar  dokumen yang hanya tinggal atas kertas, sebaliknya ia dijangka akan menjadi perbualan interaktif dan berterusan bagi orang awam tanpa tarikh luput yang jelas - idea polisi dan suara rakyat tidak akan terhenti meskipun selepas pilihan raya!

28 tema polisi akan disusun dalam 3 tonggak, iaitu:
        I.       Perpaduan dalam Kepelbagaian / Bangsa Malaysia,
      II.     Mempromosi, menambahbaik dan mempertahan hak dan kebebasan masyarakat sivil,
   iii.     Menuju ke arah masyarakat yang adil, saksama dan demokratik.
 
Isu-isu yang timbul dari lokasi geografi (contohnya Sabah, Sarawak dan Semenanjung), serta kumpulan demografi yang terkesan (contohnya Wanita, kanak-kanak, remaja) dan dasar tematik (misalnya keadilan ekonomi, pendidikan, kesihatan, pembasmian rasuah, reformasi badan kehakiman) akan terbuka untuk diserahkan. Sila semak senarai lengkap seperti dilampirkan di bawah.

GBM dan CSO Platform ingin mendengar daripada anda dan dengan hormatnya menjemput anda mengemukakan cadangan anda dengan menggunakan borang ini sebelum tarikh akhir pada 11 Ogos 2021.

Sila layari laman web http://www.facebook.com/ManifestoRakyat2021 untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini projek Manifesto Rakyat.

Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi kami di ManifestoRakyat2021@gmail.com 
Perhatian: Dr. Lim Chee Han atau Cik Beverly Joeman

GBM adalah sebuah rangkaian dengan keanggotaan sebanyak 27 organisasi yang bekerja untuk perpaduan nasional dan inklusif sosial

CSO Platform adalah satu gabungan  yang terdiri daripada 80 badan masyarakat madani, yang memberi tumpuan kepada reformasi institusi.

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Email *
Nama (*nota: jika anda ingin kekal tanpa nama, anda boleh gunakan nama samaran atau biarkan ruang kosong dengan 'space' atau 'dash')* *
Organisasi / Individu *
Jawatan (sekiranya anda mewakili organisasi)
Nombor telefon *
Sila rujuk jadual di bawah - Nyatakan kod mengikut tema polisi yang berkaitan dengan cadangan anda (Contoh – Polisi: Hak Asasi Manusia, taipkan kod: 2b). Terhad kepada satu polisi sahaja untuk borang ini. *
Captionless Image
Tajuk cadangan anda (dalam 10 perkataan) *
Pernyataan masalah dan dasar semasa (maksimum 150 perkataan) *
Nilai-nilai dan kepercayaan (maksimum 50 perkataan)
Cadangan anda - penyelesaian dan seruan untuk bertindak (maksimum 200 perkataan) *
Maklumat tambahan (jika ada). Contoh: keterangan lanjut, sumber maklumat, pautan rujukan -- boleh juga dihantar kemudian
Dengan menandakan ruang (V) di bawah, anda memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat penyertaan Manifesto Rakyat. *
Captionless Image
Required
Terima kasih kerana menyertai Manifesto Rakyat. Pihak kami akan meneliti cadangan anda sebelum kami kongsikan kepada orang awam untuk mendapatkan maklumbalas lanjut.Pihak kami juga merancang untuk mengadakan satu sesi pertemuaan "Policy Town Hall" pada 16 Sep 2021 (jangkaan), di mana cadangan saudara/i akan dibahaskan sebelum diterima atau tidak ke dalam Manifesto Rakyat.
Sila ikuti perkembangan Manifesto yang seterusnya di laman web kami http://www.facebook.com/ManifestoRakyat2021
A copy of your responses will be emailed to the address you provided.
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
reCAPTCHA
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy