news

7 Pelajar Tingkatan 1 Diumpan & Diliwat Tukang Kebun Sekolah

7 pelajar Tingkatan 1 menjadi mangsa liwat selepas sekolah mereka mengupah seorang bekas banduan dengan rekod jenayah liwat sebagai tukang kebun di Terengganu.

Cover image via

Seorang tukang kebun sekolah ditahan atas tuduhan cabul 7 pelajar lelaki di Kuala Terengganu

Tukang Kebun Liwat 7 Pelajar Tingkatan 1

terbakor.com

Polis menahan seorang pekerja am sebuah sekolah rendah kerana disyaki meliwat tujuh pelajar lelaki tingkatan satu di rumah sewanya di Kampung Pasir Panjang di sini, kelmarin.

bharian.com.my

Sehingga semalam, seramai tujuh remaja lelaki dipercayai menjadi mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu.

bharian.com.my

Tukang kebun berumur 56 tahun itu merupakan seorang bekas banduan yang masih menjalani patrol

Jelas sumber, suspek yang turut memiliki rekod jenayah meliwat sebelum ini dan pernah menerima hukuman penjara serta sebatan atas kesalahan itu, baru tamat menjalani hukuman penjara Oktober tahun lalu.

malaysiandigest.com

Suspek berusia 50-an yang juga bekas banduan dan masih menjalani parol, ditahan jam 7 malam selepas dipukul oleh keluarga pelajar berkenaan setelah perbuatannya terbongkar.

bharian.com.my

Dia disyaki meliwat 7 pelajar lelaki Tingkatan 1 secara berasingan di rumah sewanya

Seorang tukang kebun di sebuah sekolah di sini, diibaratkan bernafsu songsang apabila dipercayai tergamak meliwat tujuh pelajar lelaki berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan di rumah sewanya, di Kampung Pasir Panjang, di sini.

malaysiandigest.com

Suspek yang berusia 56 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sejak Januari lalu dan berlarutan sehinggalah rahsianya terbongkar kelmarin, selepas salah seorang daripada mangsa mendedahkan peristiwa hitam itu kepada ibu bapanya.

sinarharian.com.my

Mangsa berusia 13 tahun memberitahu ibu bapa bahawa dia diliwat

Menurut sumber, mangsa berusia 13 tahun telah memberitahu kejadian dia diliwat oleh suspek, kepada kedua ibu bapanya semasa berada di rumah kira-kira jam 10.30 malam, 17 September lalu.

berita-harian.net

Lebih mengejutkan, mangsa turut memaklumkan beberapa rakannya turut menjadi hamba seks kepada suspek yang layak dipanggil ayah itu.

malaysiandigest.com

“Sebaik sampai di rumah suspek, keluarga mangsa yang gagal mengawal perasaan marah bertindak menyerang dan memukul suspek, lebih-lebih lagi selepas mendengar pengakuan suspek melakukan perbuatan jijik itu,” katanya, semalam.

sinarharian.com.my

Suspek dikatakan mengumpan pelajar-pelajar yang suka ponteng kelas ke rumah sewanya

Suspek dikatakan menjadikan rumah sewanya sebagai tempat melampiaskan nafsu dengan mengajak mangsa makan dan minum di rumahnya, sebelum memasang video lucah bagi merangsang mereka.

bharian.com.my

“Lelaki itu menjadikan pelajar yang sering ponteng sekolah sebagai sasaran dan mengumpan mereka ke rumah untuk makan sebelum dijadikan pemuas nafsunya.

bharian.com.my

“Selain memberikan makan dan minum, suspek turut memasang video lucah bagi merangsang mangsanya sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu,” katanya.

malaysiandigest.com

Polis kata suspek akan direman selama satu minggu untuk disiasat

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan penahanan suspek yang direman selama seminggu bermula semalam sehingga 25 September depan.

malaysiandigest.com

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 377C kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

sinarharian.com.my

Have something to say about this? Facebook or Tweet us!

Get all latest news here on SAYS (@SAYSdotMY). Tweet us and let us know what's happening around you! We'll feature it on SAYS.

twitter.com

SAYS is Malaysia's social news network. Find today's must-share stories, news and videos everyday, produce and brought to you by Malaysian social media users!

facebook.com

You may be interested in: